Surat seorang pembaca Malaysiakini, versi Inggeris
“School bullying must be nipped in the bud
Ng Shu Tsung
May 19, 11
7:32pm
May 19, 11
7:32pm
The Education Ministry must commit all resources to understand and deal with bullying in schools and also at the same time take appropriate action on the bullies who traumatise the victim in such a cruel and unforgivable manner.
As reported in The Star newspaper Uproar over violent school bullies, a female secondary student was bullied and her hair cut off. The dastardly event was uploaded to YouTube.
The school bullies have been identified and suspended for 14 days. Apart from making the bullies apologise to the victim, no other detailed studies were being conducted on the root cause of the incident.
As reported in The Star newspaper Uproar over violent school bullies, a female secondary student was bullied and her hair cut off. The dastardly event was uploaded to YouTube.
The school bullies have been identified and suspended for 14 days. Apart from making the bullies apologise to the victim, no other detailed studies were being conducted on the root cause of the incident.
__________________________________
Kita sentiasa diajar dan diperingatkan oleh orang-orang tua kita dan juga mereka yang bergiat dalam hal-hal religius bahawa kehidupan sementara ini mestilah dirahmati dan dipenuhi barakah. Ya, ‘barakah’ itu sepatah perkataan yang besar maknanya.
Bagi kita barakah juga bukanlah hanya khusus untuk individu semata-mata kerana sebuah lembaga/institusi yang besar-besar seperti pemerintah juga memerlukan barakah itu. Pemerintah yang ‘miskin’ tapi diredhai jauh lebih mulia dan bermakna daripada sebuah pemerintah yang zalim dan bejat.
ii.
Buli bukanlah fenomena pinggiran yang terasing dan hanya muncul di sekolah-sekolah, tempat anak-anak kita dididik. Di negara ini buli wujud di mana saja:
Di lebuh raya yang tolnya (RM 43.xx dari Juru ke pintu keluar Jalan Duta) kereta mewah membuli kancil yang terkila-kial dan tersemput-semput mahu menyalib/memintas treler.
Agensi Sang Pemerintah membuli parti politik lawan dengan ancaman mahu mengharamkannya, katanya atas arahan Sang Pemerintah juga.
Kerap juga para guru besar membuli guru-guru yang kurang besar yang kekadang membuli anak-anak muridnya yang kemudiannya membuli rakan-rakannya.
Pelajar senior sering kali membuli para pelajar yang baru, katanya untuk membetulkan orientasi.
Majikan sentiasa saja membuli para pekerja mereka yang tidak terdaya itu.
Sang Pemerintah itu - selama lebih setengah abad telah 'naik mua' dan kegemukan yang melampui batas normal kerana terlalu kenyang membuli rakyatnya
iii.
'Guru itu' telah lama kencingnya berdiri.
Apakah kita masih lagi kemaruk menjadi pemerhati yang setia?
Lembulah kita jika terus-terusan begitu.
No comments:
Post a Comment