Thursday, May 26, 2011

Jahiliah tulen dalam bungkusan baru

Marilah kita main pura-pura


Katanya VCD lucah itu semakin merebak ke merata-rata tempat.  Ada yang menerimanya melalui pos yang distempel di luar ibu kota.  Tatkala Pakatan Rakyat mengadakan perhimpunan besar di Stadium Selayang, VCDnya juga disebarkan dengan meluas.

Hari ini laman-laman maya seperti Malaysiakini menyiarkan beritanya:

“The sex tape allegedly involving an opposition politician is being widely distributed in Selangor, with reports of even village headmen in Hulu Bernam and Kuala Kubu Baru having received copies by post.

Others said to have received copies of the pornographic material in the mail include village headmen and others in Sekinchan, Hulu Langat, Kuala Selangor and Rawang.”


Satu ketika dulu ada sekumpulan orang yang berpesta ria dengan vcdnya di Carcosa yang ekslusif itu.  Kita tidak tahu apa, kenapa atau bagaimana jadinya dengan orang-orang itu.   

Ada di antara kita yang menonton paparan berjihad dan agama Kristian dalam laman maya. Kita tidak tahu entah apa, kenapa atau bagaimana jadinya dengan orang itu.

ii.

Semalam dalam perjalanan pulang bersama seorang anak muda yang tepunya tekadnya mahu berdakwah dengan “berhujah tentang kebenaran dan kerja buat yang baik,” saya terus bertanya kepada anak muda ini soalannya ― satu soalan yang sama.  

Dalam konteks ini, saya masih teringat kepada pesanan Pak Shukur Harun semasa kami beruzlah di Titi Hayun, Yan, Kedah, “Gunalah bahasa yang baik-baik, bahasa yang penuh sopan santun semasa menulis.  Berhujahlah dengan rasional semasa menulis.”


iii.

Soalannya: Bagaimana kita bersikap tatkala berdepan dengan sebuah masyarakat jahiliah tulen (baca:lawlessness)  dalam bungkusannya yang baru?

Jangan kita lupa, lawlessness, kemacetan hukum ini juga boleh menjadi sebahagian daripada agenda besarnya.

iii.

Saya ingin sekali membaca apa kata bijak pandai kita seperti KJ John, DinMerican, Lee Ban Chen atau Azmi Abd Hamid (sekadar menyebut satu dua nama) dalam hal-hal seperti ini.

Mungkin ramai di kalangan kita yang telah menonton pandangan KU Li dalam blognya Tukar Tiub, satu pandangan yang cukup berani dan berterus terang sekali.  Kita bersyukur dengan buah fikiran tokoh Umno ini.

Atau seperti orang-orang lainnya, apakah kita yakin adalah lebih afdhal jika kita memandang ke arah lain saja?

Ya, kita berpura-pura bahawa segala yang wujud di negara ini masih aman, damai dan tenteram adanya?

Berapa lama kita mahu berpura-pura?

How long are we prepared to keep on pretending?


No comments: