Kenapa mahu diGerakkan Darurat Bahasa?
Rasanya masih ramai dalam kalangan kita, rakyat Malaysia yang gagal membezakan ― dengan tuntas perkara-perkara berikut:
1) ‘Menguasai sesuatu bahasa ’ dibandingkan dengan ‘menguasai bahasa Inggeris’ atau
2) ‘Menguasai bahasa ibunda’ dan kaitannya dengan ‘kemampuan mencari ilmu’ atau
3) ‘Penguasaan bahasa ibunda dan hubung kaitnya bahasa itu dengan budaya’
Kalaulah tuan seorang yang cukup yakin ― yakin, seyakin-yakinnya bahawa dalam kehidupan ini, kita sama sekali tidak perlukan adat dan budaya kerana perkara yang paling pokok@utama dalam kehidupan ialah bagaimana kita mencari makan, menjadi kaya raya dan hidup senang lenang, tuan tak perlu lagi membaca tulisan ini.
Sebabnyan mudah saja: Kehidupan tuan sudah sempurna kerana tuan sudah berjaya mencari makan, kaya raya dan hidup dengan senang lenang.
ii.
Kalaulah tuan termasuk orang yang sangat yakin bahawa seruan untuk memantapkan penguasaan bahasa Melayu oleh seluruh rakyat jelata ― tanpa mengira agama, asal usul dan keturunan itu adalah seruan untuk memerangi bahasa Inggeris, maka tuan termasuklah orang yang belum cukup faham apakah maknanya ‘bahasa jiwa bangsa’ itu.
iii.
Kalaulah tuan termasuk orang yang sangat yakin bahawa segala seruan supaya rakyat jelata itu perlulah diajar dalam bahasa ibundanya agar ‘penguasaan ilmunya menjadi lebih berkesan dan mujarab’ itu adalah pandangan yang ketinggalan zaman@kuno dan tidak global, maka tuan termasuklah orang bebal yang telahpun dihegemon seluruh jiwa raganya.
iv.
Kalaulah tuan cukup yakin dan percaya bahawa peranan sebuah institusi yang namanya Dewan Bahasa dan Pustaka itu adalah urusan orang-orang Melayu semata-mata, oleh kerana itu segala usaha untuk memantapkan lagi peranan DBP itu hanyalah ikhtiar untuk mengumnokan seluruh rakyat jelata, maka tuan juga jelas telah tersasar jauh dari semangat dan roh perlembagaan negara kita.
v.
Kalaulah tuan juga cukup yakin bahawa mereka yang berjuang untuk mengembalikan keberkesanan DBP itu adalah kelompok manusia yang sangat pendek akalnya, sempit pula fikiran@myopic dan nasionalis picisan yang bencikan bahasa Inggeris, maka tuan juga termasuklah orang yang masih belum cukup yakin bahawa segalanya di negara ini menjadi rosak dan binasa kerana dasar dan perbuatan Umno/BN yang tidak pro-rakyat ― Umno yang tidak pernah memihak kepada aspirasi rakyat jelata.
Tak percaya? Ini ada satu soalan yang cukup mudah:
Siapakah yang menentukan bahawa TNC itu mestilah mereka yang sebulu dengannya? Apakah semua orang Melayu, termasuk mereka yang di dalam GDB sangat bersetuju dengan dasar yang sangat tidak pro-ilmu ini?
Kita menyeru agar tuan juga jujur melihat kenapa, mengapa dan bagaimana negara kita berada dalam pelbagai kemelut seperti kedhaifan DBP itu.
vi.
Teman-teman dalam Budayawan Bertindak, marilah kita sama-sama berjuang di dalam GDB, Gerakan Darurat Bahasa ini.
Cikgu Goh, Ir PKH dan Sdr Lee Ban Chen, bila lagi saudara sekalian mahu ikut serta?
No comments:
Post a Comment