Tuesday, May 10, 2011

Musang ajak ayam main aci

Sumber: Sinar Harian versi cetak, Isnin 9 Mei 2011

PAS PERLU KELUAR PR

“Pas tidak perlu sertai Barisan Nasional, tetapi jika ia mahu tentang Umno, biarlah ia berada di luar pakatan pembangkang” – Tun Mahathir Mohamad

____________________________

Begitulah mulusnya buah fikiran mantan yang sebenarnya belum pernah lagi mantan walaupun secara rasmi adalah seorang mantan.  Demikianlah perkasanya mantan yang belum lagi mantan-mantan ini.  

Apabila terbaca tajuk ini, kita teringat cerita penglipur lara, sebuah kisah bagaimana Musang Kerala yang menyala-nyala nafsunya mahu membaham ayam sereban dengan memanfaatkan akal mulus, tipu belit dan putar alamnya.

Ayam yang hidupnya aman sentosa dalam reban tanpa terlalu banyak masalah adalah mala petaka untuk perutnya Sang Musang.  Dan Sang Musang itu tidak dapat membiarkan perutnya kosong. 

Di sini Musang ada beberapa pilihan:

1) Musang boleh memasuki reban jika ia dijemput berbuat demikian.  Namun ayam dan juga tuan punya ayam tidak begitu ghairah dengan idea Sang Musang memasuki reban.  Sementelahan pula tuan punya ayam sentiasa saja siap siaga menunggu dengan senapang patahnya.

2) Ayam boleh dipancing supaya keluar dari dalam reban. 

Fikir punya fikir, nampaknya strategi nombor dua ini macam boleh diterokai:

Tapi bagaimanakah caranya?

Ajaklah ayam, anak-anaknya ayam dan segala macam ayam bermain aci di luar reban.

Bapa Musang, baik juga akal mulusmu ini.

ii.

Kata Sdr Ahmad Lutfi Othman, dalam sejarah pilihan raya negara kita, Pas menang besar setiap  kali parti itu bergabung kekuatan@bekerjasama dengan DAP.

Sekiranya lebih ramai orang-orang Melayu sedar bahawa Musang adalah musang, payahlah para Musang mencari makan. 


No comments: