Sumber: Malaysiakini
Bosan pertelingkahan 33 tahun Umno-PAS
Dr Juanda Jaya
Mei 9, 11
11:30am
Mei 9, 11
11:30am
Berikut ialah di antara pandangan menarik Tuan Mufti Negeri Perlis ini:
Satu:
Saya - sambil memohon petunjuk daripada Allah SWT di bumi Madinah Al-Munauwarah - dengan rendah diri menyeru semua pihak yang mempunyai pengaruh politik di kalangan umat Islam di Malaysia, untuk melakukan dakwah musolahah agar masalih 'ulya (maslahat-maslahat utama) bagi agama Islam kekal terpelihara.
Dua:
Majoriti senyap umat Islam di Malaysia pastinya sudah amat letih dengan pertelingkahan dua kuasa besar Melayu-Islam di Malaysia iaitu Umno dan PAS. Pertelingkahan 33 tahun sejak 1978 itu sudah amat lama untuk ditangisi.
Tiga:
Kedua gergasi politik Muslimin di Malaysia ini punya kekuatan yang amat besar yang kiranya dimanfaatkan, ia amat baik untuk mempercepatkan impian penegakan Islam secara menyeluruh di Malaysia. Umno berusaha dalam kadar kemampuannya, manakala PAS pula wajar diberikan peranan yang lebih besar agar ia turut menyumbang ke arah penegakan Islam yang syumul di Malaysia.
Empat:
Suatu hal yang diketahui umum, hampir kesemua sarjana dan ulama Islam luar negara yang datang ke Malaysia memperakui secara terbuka tentang pelaksanaan Islam di Malaysia sehingga ada yang mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam.
Pengiktirafan yang terakhir adalah sewaktu lawatan Imam Besar Masjidil Haram al-Shaikh Professor Dr Abdul Rahman Abdul Aziz al-Sudays, yang juga merupakan alim besar dan professor usul fekah di Universiti Ummul Qura, Makkah al-Mukarramah. Hal ini tidak wajar diperdebatkan kerana ia bersifat terlalu akademik dan epistimologi.
Pengiktirafan yang terakhir adalah sewaktu lawatan Imam Besar Masjidil Haram al-Shaikh Professor Dr Abdul Rahman Abdul Aziz al-Sudays, yang juga merupakan alim besar dan professor usul fekah di Universiti Ummul Qura, Makkah al-Mukarramah. Hal ini tidak wajar diperdebatkan kerana ia bersifat terlalu akademik dan epistimologi.
_______________________________
Ada beberapa perkara yang boleh kita renungi bersama berhubung empat contoh yang dibentangkan di atas:
Pernyataan Satu:
Dalam hal urus mengurus yang namanya Islam itu, silalah amati seluruh struktur pentadbiran yang wujud di negara kita.
Apakah struktur pentadbiran, fungsi, peranan dan tanggungjawab organisasi yang mengurus Islam itu telah atau pernah berubah?
Kalau struktur pentadbiran ini sudah berubah, kenapakah ia berubah dan siapakah yang bertanggungjawab mengubahnya?
Untuk lebih spesifik, dalam tempoh lebih setengah abad kita merdeka, adakah DAP ― sekadar satu contoh telah memerintah Malaysia? Kita berikan contoh DAP kerana ‘parti Cina’ ini katanya sangatlah anti Melayu dan anti Islam. Berdasarkan rasional ini, maka Islam tentulah mahu dimusnahkan oleh DAP. Bukankah begitu?
Adakah wujud pelbagai masalah yang telah mengganggu-gugat Sang Pemerintah kita dalam aspek-aspek penguasaan mutlak pengurusan hal-hal agama Islam ini? Jika ada siapakah agaknya sang penjahat itu?
Kalau tak ada perubahan, rasanya lebih elok dan molek Tuan tanyakan saja Umno. Sila halakan soalan Tuan itu kepada Umno.
Pernyataan dua:
Tuan letih kerana perbalahan Pas-Umno dalam banyak hal.
Kita lebih letih melihat bagaimana Umno et al mengurus Islam. Sumpah laknat dan video seks yang telahpun memasuki segala kelambu SELURUH rakyat Malaysia adalah contoh yang mutakhir.
Adakah itu semua kerja buat@angkara Menteri Penerangan yang datangnya dari DAP?
Rasanya lebih molek jika Tuan tanyakan Umno yang serba mengetahui itu.
Pernyataan tiga:
Sejak bila Pas menjadi penting dalam hal urus mengurus Islam ini?
Tuan tentu masih belum lupa sejarah ceritanya hudud di Kelantan? Adakah Lim Kit Siang yang mengugut TGNA berhubung enactment itu di Kelantan?
Rasanya lebih molek Tuan tanyakan Umno dalam hal-hal begini.
Akhir sekali, pernyataan empat:
Kalaulah seluruh dunia sudah mengatakan bahawa Islam dan pengurusannya itu sangatlah mengetop di Malaysia, apakah masalah kita?
Apakah sebabnya Tuan merintih dan letih?
Jika Tuan masih juga gusar, sedih dan letih dengan kedudukan dan masa depan Islam itu, kita cadangkan kepada Tuan Mufti supaya menghalakan segala kegusaran dan kesedihan Tuan itu kepada pihak yang selama ini bertanggungjawab terhadap Islam.
Tanyalah Lim Kit Siang.
No comments:
Post a Comment