Penduduk bawa ular sawa jumpa MB Perak
Mei 20, 11 9:54am
(Malaysiakini)
Bahagian Pertama: Pembukaan
Dukacita dengan kerajaan negeri Perak yang meremehkan masalah mereka, wakil penduduk Kampung DBI di Ipoh membawa seekor ular sawa ke pejabat menteri besar Datuk Seri Zambry Kadir.
Menurut TV Selangor, tindakan itu bagi menyerlahkan masalah ular yang berkeliaran di perkampungan setinggan itu.
“Kita bawa ular sawa supaya menteri besar sendiri boleh tengok masalah macam mana yang kita hadapi,” kata wakil penduduk S Subramaniam.
“Kita bawa ular sawa supaya menteri besar sendiri boleh tengok masalah macam mana yang kita hadapi,” kata wakil penduduk S Subramaniam.
___________________________________
Bahagian akhir: Penutup
Penduduk mendakwa ular sering memasuki kawasan rumah mereka dan ramai daripada mereka menjadi mangsa patukan.
Mereka juga mendakwa seorang penduduk dilaporkan mati akibat dipatuk ular.
Sehubungan itu, penduduk kampung harap kerajaan negeri mengambil tindakan segera sebelum sesuatu yang lebih buruk berlaku.
Mereka juga meluahkan rasa tidak puas hati berhubung kegagalan kerajaan Umno-BN bagi menunaikan janji untuk menawarkan lot perumahan baru yang dibuat 14 tahun lalu.
Penduduk berkenaan yang sebahagian besar terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan ramai antara mereka juga tidak mempunyai pekerjaan tetap dan berkeluarga besar.
Dihimpit dengan sara hidup tinggi, mereka merungut kerana kini berdepan pula dengan soal keselamatan kerana masalah ular yang berkeliaran sekian lama.

_____________________________________
Pemerhatian kita:
Ada beberapa perkara yang menarik tentang berita di atas ini. Pertama isunya dilaporkan oleh TV Selangor yang pada perkiraan kita hanyalah khusus untuk melaporkan pelbagai macam berita di sekitar Negeri Selangor saja. Rupa-rupanya skop laporan berita TV Selangor sudahpun melintasi sempadan negeri. Mungkin ini semua terjadi akibat langit yang sudah benar-benar terbuka.
Kedua kita teringat kepada peristiwa bagaimana penyapu pernah dijadikan hadiah istimewa oleh Khir Toyo kepada stafnya. Hadiah yang tepu lambang tersirat itu akhirnya telah menjadi bahan ulasan (kebanyakannya, cemuhan) oleh para pemerhati. Kata mereka itu adalah perbuatan songsang budaya oleh seorang pemimpin tertinggi negeri terhadap anak buahnya. Teman saya Hasni merujuk kepada staf ini sebagai ‘pegawai kerajaan negeri Selangor yang pernah menerima penyapu’ itu.
Ada lagi yang cukup menarik tentang berita ini iaitu semua orang tahu ular adalah binatang yang bergerak dengan merayap-rayap ― seakan-akan berdenyut-denyut sambil menjelir-jelirkan lidahnya. Ia tidak penat menggunakan lidahnya kerana lidah itulah yang mencerap persekitarannya.
Oleh para bijaksana kuno kita, lidah ular itu dikatakan bercabang. Ular yang bercabang lidahnya amat menyusahkan seluruh penduduk kampung. Demikianlah yang dirungutkan oleh wakil penduduk daerah Ipoh ini.
ii.
Masalah mereka bukan saja bersangkut paut dengan ular. Mereka, para penduduk yang membawa ular kepada menteri besar ini juga berdepan dengan masalah-masalah yang lain.
Mesej ular sawa besar yang telah memungkiri janji-janjinya itu lebih istimewa daripada pukul anak sindir menantu.
Siapa kata rakyat kita tidak kreatif?
No comments:
Post a Comment