Sumber: The Malaysian Insider
Muhyiddin: Umno tak akan gadai prinsip
May 01, 2011
MUAR, 1 Mei — Umno tidak akan menggadai prinsip perjuangannya walaupun berhadapan dengan suasana politik yang getir dan mencabar, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Presiden Umno itu berkata, berlainan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS, pihaknya tidak akan menggadai prinsip politiknya semata-mata untuk meraih sokongan politik yang sementara.
Timbalan Perdana Menteri berkata, lebih lama PAS berada di dalam pakatan pembangkang, lebih banyak prinsip perjuangan parti itu akan terhakis dan tergadai.
“Umno sentiasa istiqamah dalam mempertahankan kesucian Islam dan membela bangsa Melayu kerana itulah prinsip asas perjuangan Umno,” kata beliau dipetik Bernama Online.
“PAS sebaliknya boleh mengenepikan sementara prinsip perjuangan semata-mata untuk meraih sokongan politik,” katanya. Muhyiddin yang juga Ketua Umno Pagoh berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Pagoh di Kompleks Sri Pekembar hari ini.
_________________________________
I) Beberapa pemerhatian tentang buah fikiran orang kuat Umno ini:
1) Umno tidak menggadaikan prinsip perjuangan
2) Umno tidak menggadaikan prinsip perjuangan semata-mata untuk meraih sokongan politik yang sementara
3) Pas yang berada dalam Pakatan Pembangkang lebih banyak prinsip perjuangan parti itu terhakis dan tergadai.
4) Umno sentiasa istiqomah dalam mempertahankan kesucian Islam dan membela bangsa Melayu
II) Kata-kata kunci
Gadai, prinsip, perjuangan
Sokongan, (politik), sementara
Prinsip perjuangan, terhakis, tergadai
Istiqomah, pertahankan Islam, Melayu.
III) Senarai soalan
1) Apakah perjuangan Umno untuk Melayu itu?
2) Apakah pula perjuangan Umno untuk Islam itu?
IV) Petunjuk kejayaan Umno membela Islam
1) Keadilan Islamnya sangat terserlah kerana Umno sentiasa mendukung Islam. Oleh sebab Umno itu pemerintah yang percaya dan taat kepada Islam, maka wujudlah Islam yang sederhana, Islam yang tidak ekstrem.
(Mungkin juga Umno telah melihat bagaimana di zaman Nabi dulu telah wujud kelas-kelasnya Islam seperti ini ― iaitu Islam yang sederhana dan Islam yang Hadhari? Itulah yang dijadikan contoh oleh Umno itu)
2) Hari ini kecermerlangan Malaysia sudahpun jauh mengatasi zaman keagungan pemerintahan Umar Abdul Aziz yang tersohor itu. Semua ini berlaku kerana Umno yang istiqomah mengikuti prinsip pemerintah yang disarankan oleh Islam.
3) Sepanjang Umno memerintah negara ini lebih setengah abad yang lalu, gaya hidup para pemimpin Umno ternyata tersangatlah zuhudnya. Hatta orang-orang yang bukan dari kalangan Umno yang dikatakan zuhud kehidupannya kerana berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Islam pun, tidak dapat menandingi kesederhanaan gaya hidup para pemimpin Umno ini.
Katanya TGNA sudahpun berkali-kali dan berulang kali dimalukan oleh kesederhanaan kehidupan para pemimpin Umno ini. Mereka begitu sederhana dalam kehidupan masing-masing kerana begitu yakin dan percaya bahawa keperibadian Islamlah yang mesti ditegakkan.
Demikianlah kentalnya roh Islam itu tertanam di dalam setiap jiwa para pemimpin Umno ini.
V) Penutup?
Alahai, betapa penat dan payahnya berhujah bagaimana Umno itu telah memperkasakan Islam. Mungkin kerana disuruh oleh Islamlah, maka hari ini anak-anak kita sentiasa saja dipaparkan dengan paparan video-video lucah.
(Agaknya itulah bentuk terbaru methodologi dakwah. Lihatlah betapa sialnya orang-orang ini.)
Itu baru saja secebis tentang perjuangan Islamnya Umno dan kita belum lagi kita melihat perjuangan Melayunya Umno.
Ceritera bagaimana para musang durjana ini telah meratah ekuiti Melayu yang berbilion-bilion itu.
Sudahlah....Tak payahlah kau temberang lagi.
No comments:
Post a Comment