Thursday, September 22, 2011

Baca, tafsirlah sendiri


Sindrom “perlu sokong walaupun salah”


Dalam kertas kerjanya bertajuk, “Politik Melayu Dalam Menentukan Agenda Bahasa, Persuratan dan Kebudayaan Melayu” hal 727,  Dato’ Dr. Rais Yatim antara lain menulis:


25.  Sementara itu golongan korporat Melayu cuba berlumba mendapatkan hak mereka dari “kuih” ekonomi yang ada melalui dasar yang ada.  Tetapi lantaran beberapa ciri pilihan dan penentuan yang diamalkan, hanya beberapa kerat usahawan Melayu yang muncul berjaya.  Ada yang mengatakan dasar agihan peluang korporat dan pelaburan dikongkong sejenis amalan yang kerap disebut sebagai “monopoli”, “pilih kasih”, “kronisme”, “nepotisme” dan sebagainya.  Selayang pandang anggap ini memang nampak beroperasi tetapi tiada pihak yang berani menegur secara objektif.  Kritikan politik pembangkang tidak meninggalkan kesan lantaran pandangan mereka tidak meluas diketahui umum.  Mungkin ini selanjutnya disebabkan tiada media yang lantas berani melaporkan kritikan itu secara terperinci.  Mereka yang berada di dalam parti pemerintah pula enggan berterus terang kerana takut kalau hilang kedudukan atau nikmat sampingan politik mereka.  Jadi sindrom “perlu sokong walaupun salah” terus menjalar dan diamalkan.

    
Sumber: Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu I – VI (1952 – 2002)
Penyusun: Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan, Persatuan Penterjemah Malaysia, 2007



No comments: