Friday, September 23, 2011

Katanya: Don't flash


Berita Pertama:

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemimpin-pas-mahathir-patut-nasihat-najib-batal-surat-ugutan-1994/:

Pemimpin PAS: Mahathir patut nasihat Najib batal ‘surat ugutan 1994’

Oleh G Manimaran
September 22, 2011

Dr Mahathir meminta Nik Aziz memperkenalkan hukum hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanaannya.

“Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib kot dia nak bagi ... ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS) tak dapat laksana hukum hudud,” katanya.


Berita Kedua

Sumber: Harakahdaily

DHPP mahu hudud ganti ISA
Khairil Abdul Rahim


JERANTUT, 22 Sept: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat menyambut baik pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini, namun mahu akta yang baru diganti dengan hudud.

Timbalan Ketua DHPP Pusat, N. Balasubramaniam, berkata pemansuhan tersebut menampakkan kerajaan telah insaf dengan kesalahan menggunakan hukum yang zalim itu jadi sewajarnya digantikan dengan undang-undang yang adil.

“Secara peribadinya, saya melihat penggantian dua akta baru kepada ISA seperti yang diumumkan itu tidak perlu diwujudkan sebaliknya digantikan dengan pelaksanaan hukum hudud.

“Hukum hudud itu lebih dekat dengan keadilan kerana penggubalannya tidak terikat dengan politik atau kepentingan kelompok tertentu, sedangkan akta baru dikhuatiri jelmaan roh ISA yang asal juga,” katanya kepada Harakahdaily.


Berita Ketiga

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/176569

Stop flashing your wealth, Mahathir tells BN leaders

Aidila Razak
Sep 22, 11
5:54pm

Change your image and do not flash your wealth in order to change the perception that the ruling coalition is corrupt, former prime minister Dr Mahathir Mohamad told BN leaders today.

Addressing 400 of them in Kuala Selangor, including BN elected representatives, the veteran leader said the coalition would otherwise continue to be perceived as "disgusting".

"I find that many view (BN) as disgusting and that they openly state their rejection of the BN.

"If we analyse this, we find this is because we no longer struggle to form the government, but to reap personal benefits," Mahathir said.

Besides flashing their wealth by suddenly building "RM7 or RM8 million houses", which they previously could not afford, elected representatives also felt the need to "buy support".

Speaking at a BN State Assembly Backbenchers Club event, Mahathir said BN representatives said they needed to "get contracts and raise their income" as "their supporters demand money".

'To be popular, one buys people'

"To be popular, one buys people, but no amount of money is enough... and in the end, the society becomes corrupt.

"The society then views Umno and other component parties (as) corrupt as the leaders got to where they are because of money," he said.

______________________________



Kita petik tiga buah berita di atas untuk renungan bersama.  Kita tinggalkan kenyataan TPM yang berkata UMNO juga pada dasarnya menyokong hudud.

Tajuk yang diperkatakan ialah hukum hudud, tajuk gurih@juicy  yang dibangkitkan oleh kabilah-kabliah tertentu setiap kali kita di ambang pilihan raya.

Berita ketiga ialah kata-kata hikmat bekas seorang pemimpin tuan-tuan dan juga bekas pemimpin aku.  Dianya memimpin aku untuk satu tempoh yang cukup lama juga ─ 22 tahun.

Sampai ke hari Dianya masih lagi bercakap, bercakap, bercakap... 

(Sebenarnya memetik berita seperti ini juga satu kebodohan.  Itulah yang Dianya maunya.  Kata kuncinya ialah PERHATIAN. 

Aku bodoh kerana memetik berita ketiga)

Apa pun ─ itulah DIAnya.  Bacalah pemikirannya tentang pegangan seseorang itu dalam kehidupan ini.  Bandingkan berita kedua dengan berita ketiga, misalnya. 

Bacalah yang tersurat perihal perilaku manusia di zaman orang mengagung-agungkan dan bertuhankan ‘benda@materi’ ini.  Zaman  segala-galanya bertanda harga.

Dan ramai yang sudi bertanda harga itu termasuk yang bergelar, yang berpangkat,  yang panjang tag kelulusannya di depan dan di belakang namanya, yang berstatus dan yang lain-lain lagi.

Sesungguhnya sebuah legasi pemerintahan 22 tahun yang cukup hebat, gah dan mantap sekali.  Sungguh luar biasa.   

Kita redha dengan legasi sedemikian?


No comments: