Friday, December 3, 2010

Lim Kit Siang sebagai TPM


(Saya telah cuba memasukkan ulasan ini ke blog Sdr Azizi, sayangnya ia agak panjang,  jadi ditolak.) 

Sdr Azizi,

Sebagai permulaan, kita teliti dulu satu tajuk yang tuan bentangkan:

I)  Lim Kit Siang sebagai TPM

Tuan juga terkejut dengan idea yang dilontarkan oleh Tok Guru Nik Aziz itu. Rasanya ramai yang tidak selesa dengan idea-idea di luar kebiasaan seperti ini.  

Untuk itu, marilah kita himbau kembali pandangan kita sendiri satu ketika DULU dan juga tanggapan kita SEKARANG terhadap isu-isu yang hampir-hampir mirip, iaitu kisah-kisah ― ‘saya Cina, awak Melayu’, maka oleh sebab itu kita tentulah berbeza.   

Umno pernah mendapat kerusi majoriti (yang besar pula)  di Pulau Pinang tetapi jawatan CMnya diberikan kepada seorang Cina.  Bukankah begitu? 

Kata sesetengah orang, sejak itu tidak ada ada lagi peluang untuk seorang Melayu yang bakal menjadi Ketua Menteri di Pulau Mutiara itu.

Hakikat Ketua Menteri Pulau Pinang itu seorang Cina.

Ya, jawatan CM Pulau Pinang yang pernah disandang oleh seorang Melayu Umno itu kini dipegang oleh seorang Cina.  Dulu Cinanya Gerakan, sekarang Cina dari DAP ― sahabat dan temannya PKR dan Pas.

Apakah perbezaan utamanya?  Dulu CMnya tentulah teman dekatnya Umno, sahabat karibnya Umno dalam pemerintahan Negeri Pulau Pinang.  Ertinya,  Datuk A memiliki laluan yang mudah untuk mencapai pejabat CMnya.

Sekarang Abang Mat Sabu dilihat begitu dekat dengan LGE,  sama seperti pasangan Nga dan Nizar di Perak.  Mungkin kerana ketandusan hujah, mungkin juga ini adalah senjata yang paling  ampuh,  Ir Nizar dijaja sebagai MB yang menjadi alatnya Nga. 

Bagaimanakah keadaanya menjadi sedemikian?  Itulah kerja buatnya Umno.  Parti cap keris telanjang itulah yang memberitahu kepada seluruh penduduk kampung,  di seluruh negara bahawa Pas itu alatnya Dap. 

Aneh bukan, kerja memberitahu ini bahawa itu Cina dan ini Melayu adalah kerjanya Umno yang sesekali menjerit-jerit sehingga terjulur kerongkong bahawa kita adalah bangsa 1Malaysia!!!

Dan kita percaya, kita ― yang bersekolah pun termakan juga dengan kerja buat ini.

Apakah ini keikhlasan dalam memerintah atau kerja menipu untuk mengekalkan kuasa? 


ii.


Dalam kehidupan ini, apakah ‘aku Cina-kau Melayu’ itu sangat penting dan ia adalah segala-galanya dalam kehidupan kita di negara ini dan juga untuk zuriat kita kelak? Bahawa kita yang Melayu itu terbela nasibnya, kerana di sana ada seorang Melayu (yang kadang-kadang tak nampak pun profil Melayunya dan kerap juga segera pula status Melayunya) yang menjadi ketua kita?

Apakah memindah satu kampung yang katanya sarang Hindraf itu lebih besar daripada cara, proses, peraturan, undang-undang bagaimana seluruh penduduk kampung itu dihalau/pindahkan itu yang lebih utama kerana di situlah terletaknya ketelusan, keadilan dan kesaksamaan dalam sesbuah pemerintahan?

Malangnya, ramai yang melihat masih bahawa kelompok yang bersama-sama Hindraf ini tetap juga dizalimi, baik semasa bersama Umno maupun semasa bersama Pakatan sekarang ini. 

Apakah melihat ‘kau India, aku Cina’ itu jauh lebih besar?  Apakah semua Melayu di Pulau Pinang itu dibela dan dibela oleh pemerintah yang Melayu?  Atau apakah pemerintah yang Melayu ini lebih sibuk mencari cukong untuk melahap tanah milik rakyat kecil yang rata-rata Melayu itu?

Apakah keadilan itu diperolehi kerana Kampung Baru yang tradisional itu ditadbir oleh Melayu DBKL dan menterinya yang Umno?


iii.


Kenapakah kita hanya terpesona melihat batanya tapi selalu lupakan rumahnya?

Apakah Lim Kit Siang yang Cina itu tidak akan menjadi pemimpin yang lebih bagus daripada seorang Melayu (yang kadang-kadang jelas korup, zalim, perasuah) kerana Lim Kit Siang itu seorang Cina Dap?

Apabila kita sudah tidak ada lagi di dunia ini yang tinggal hanyalah pemikiran yang berani dan jauh ke depan seperti yang dilontarkan oleh TGNA. 

Pada saya, TGNA tidak pernah dihantui oleh profil ‘aku Melayu-kau Cina.’  MB itu melihat bahawa ada yang lebih besar dan utama daripada persoalan keturunan dalam kehidupan ini.

Sdr tidak mahu bersamanya?

Dalam konteks seperti ini ― seperti selalunya,  saya bersama-sama TGNA.

Taksub? Bukan taksub, tapi percaya akan keihklasannya sebagai pemimpin ummah, itu saja. 



2 comments:

Anonymous said...

Sdra Barajiwa
Tak apa. Jangan bimbang.
Tapi sekadar melihat respon, kadang-kadang TGNA ni bercakap tidak mencerminkan dasar parti. Ini yang membimbangkan.
Bagaimanapun jawapannya selepas itu, sangat menarik seperti juga ulasan sdra tentang bilangan kerusi Umno lebih banyak dari MCA satu ketika dulu.
Umno, khususnya di Pulau Pinang lebih menjaga politiknya dari Melayunya. kalau dia rasa dengan Melayunya dia akan lebur, maka dia sendiri akan lebur Melayunya hanya kerana politiknya.
salam

barajiwa said...

Walaikumsalam. Semuga lebih ramai sahabat kita tampil untuk memberikan pandangan walaupun tak sealiran. Mana-mana sahabat penulis kita yang masih yakin bahawa menjaga periuk nasi itu jauh lebih penting/utama daripada menegakkan keadilan dan kebenaran, mohonlah telitilah semula pendirian yang seumpama itu. Kehidupan di sini - relatif sangatlah singkat...terlalu singkat dan tidak berbaloi dijuarai.

Wallahuaklam.