Saturday, September 10, 2011

Dunia, ilmu dan terompahnya

1.0 http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tun-haniff-kami-dari-dulu-bukan-polis-british-kami-polis-negara/

Tun Haniff: ‘Kami dari dulu bukan polis British, kami polis negara’

Oleh Syed Mu’az Syed Putra
September 09, 2011

IPOH, 9 Sept — Tun Mohammed Haniff Omar menegaskan 25 individu termasuk anggota polis yang terbunuh dalam tragedi Bukit Kepong adalah wira sebenar, bukan Ahmad Indera atau Mat Indera seperti mana yang didakwa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Jelas bekas Ketua Polis Negara, kesemua 25 individu itu adalah wira sebenar kerana telah berusaha untuk mempertahankan maruah dan lambang kuasa pihak berkuasa.



“The council added that CPM had continued its struggle even after the nation was granted independence in 1957.

Interestingly, Zainal also stressed that Malaya had in fact “never been colonised” and was only a “protectorate” of the British.

He shared that no document since the Pangkor Treaty 1874 states that the state will be colonised, rather it will be protected.

“Being a protectorate is not the same as being colonised... Only three states were colonised - Singapore, Malacca and Penang... Stop saying (Malaya) was colonised for 400 years. That is a big mistake,” he said.

He added that Malaya was only actually colonised for two years as the Malayan Union from early 1946 to the end of 1947, as well as under the Japanese occupation.

Additionally, the MPN in its statement said that while Malaya was never colonised “the British administration was a form of colonialism”.

____________________________________________



Merdeka: Jangan ingat, hanya UMNOlah segalanya


Apakah harga yang mesti dibayar demi untuk mempertahankan ‘sesuatu hujah’ itu? 

Apakah yang terjadi apabila sesuatu hujah itu jelas ‘benang yang basah’?

Apakah yang terjadi apabila ada pihak yang berhempas pulas demi untuk ‘menegakkan benang yang basah’ itu?

Apakah ‘benang yang basah ini’ mesti dipertahankan walaupun segala tindakan   memudharatkan kebolehpercayaan, (credibility) dan keyakinan orang ramai terhadap institusi-institusi, misalnya yang namanya Majlis Profesor Negara itu?

2.

Persoalan asal dan yang paling pokok yang dibawa Mat Sabu sangatlah mudah.  Tak ada falsafah, teori kepimpinan yang berat-berat untuk difahami.  Pemimpin Pas ini menyeru supaya perayaan kemerdekaan yang ditaja oleh Sang Penguasa sedia ada janganlah selama-lamanya menggambarkan bahawa Umnolah pejuang tunggal kemerdekaan.   Mudahkan permintaannya?  Untuk menghurainya dikaitkan dengan filem Bukit Kepong. 

Namun seluruh episod telah menjadi kacau bilau apabila Utusan dan segala yang sebangsa dengannya ‘milik UMNO’ memutuskan bahawa ini adalah modal politik yang sangat ampuh.  Fitnah dan pembohongan sekali lagi digunakan untuk mendapatkan keuntungan politik.  Pada perkiraan mereka, orang-orang Melayu di luar bandar, yang tidak fahami isu ini pasti marah kerana Mat Sabu dan idea komunisnya.  Itulah perkiraan mereka.  Pada kiraan mereka perbuatan Mat Sabu ini akan membawa mala petaka kepada Pas. 

Inilah yang dikatakan oleh agama, betapa besarnya dosa menfitnah itu.

3.

Setelah dijelaskan oleh Mat Sabu bahawa watak seperti Mat Indera yang menentang British itu bukanlah pengkhianat tetapi hero dan bahawa sesungguhnya peristiwa Bukit Kepong itu sejarah nyata yang berkaitan dengan penjajahan British, maka orang ramai semakin jelas dengan seruan Mat Sabu.

4.

Akhirnya, seperti biasa segala terompah mestilah digunakan ─  semaksima mungkin.  Maka kita pun temui berita-berita seperti di atas.

Kita kasihan kepada dunia yang namanya ilmu dan keilmuan milik kita itu.  Apakah tuan berasa bangga menyatakan kepada khalayak bahawa si anu itu dan si anu ini adalah orang yang mendidikku?  Bahawa kajianku, penyelidikanku, tesisku dibimbing oleh si anu dan si anu.  Apakah kita tenang mengisytiharkan bahawa si anu itu dan si anu yang ini adalah mahaguruku?   

Betapa menyedihkan dan kacau bilaunya kita.

Demi kuasa yang semakin elusif itu, apa lagi yang bersisa di negara ini?


No comments: