Sunday, September 25, 2011

'Sarjana' Tarzan


Salam semua,

Kepada semua yang telah menghadirkan diri ke bengkel reunion/susulan Teras Jernang pada 23 & 24 September 2011 diucapkan jutaan terima kasih.  Semoga segala ilmu, pengalaman dan perkongsian akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.  Semoga akan merapatkan ukhwah sesama kita.  

Bagi pihak urusetia, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya terdapat sebarang kekurangan dalam semua aspek pengendalian pada bengkel kali ini.  InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari masa ke semasa.  Sesungguhnya yang baik itu dari Allah SWT dan kekurangan itu adalah dari saya dan teman-teman.

p/s:  Rasa terkilan ada teman-teman yang pulang tanpa pamit! Mungkin gusar akan aspek pengangkutan.


Ikhlas dari,

mohamed nasser mohamed



2.

Kita mohon supaya senarai pemantauan yang disediakan oleh Sdr Kirana itu, diedarkan.   

3.

Paling utama, marilah kita semua semarakkan portal kita senimanpaksi.blospot.com.  Sehubungan itu, seperti yang kita ulangi selalu:

Wahai anak-anak muda,  era ini milikmu.  Lakukanlah sesuatu.  Lupakan yang namanya institusi gah, para sarjana, mereka yang bergelar-pangkat dan sekalian yang spesiesnya dengannya. Mereka itu manusia Tarzan (ooooohhh...):


kelapa kurap bintik warna
mayang disiat tatkala azan
apa diharap pada ‘sarjana’
sepanjang hayat menjadi Tarzan.



No comments: