Sunday, October 30, 2011

Jahatnya DAP!

Harakahdaily

260 orang huffaz Pulau Pinang terima anugerah
Mohd Sabri Said

GEORGETOWN, 29 Okt: Seramai 260 para huffaz Negeri Pulau Pinang menerima pengiktirafan kerajaan negeri tahun ini berbanding tahun lalu 180 orang.

Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Kasim berkata, ia satu kebanggaan buat Pulau Pinang kerana berjaya mendidik dan melahirkan para hafiz dan hafizah yang boleh membantu merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang berkehendakan 'Satu Keluarga Seorang Hafiz'.

Reaksi:

Bayangkan berita ini sebagai berita muka depan ‘Utusan Malaysia’ dan ‘Berita Harian’

Bayangkan Menteri yang menjaga zakat juga berada di atas pentas

Bayangkan berita ini keluar dalam Warta Berita jam 8 malam

Bayangkan dokumentari khas oleh tv kerajaan berhubung gerak kerja untuk menjayakan program ini

Bayangkan kesan yang bakal dibawa ke dalam masyarakat akibat projek ‘Satu Keluarga Seorang Hafiz' ini.


2.

Kita tak perlu lagi bayangkan bahawa Pulau Pinang jauh ke depan dalam ‘projek-projek’ membangunkan roh manusia Islam.

Untung juga di negara ini ada juga ketua menterinya dari DAP yang anti Melayu dan anti Islam itu.     

Untung juga ada negeri Pakatan Rakyat yang relatif masih muda tapi cukup dewasa dalam tindakannya.

Tahniah DAP yang anti-Melayu dan anti-Islam!



1 comment:

TaTJ said...

Memang sah..DAP ni jahat, sanggup buat begitu pada huffaz di Penang...PRU13 nanti habislah DAP...oppss sorry b-endlah...habislah b-end...kahkahkah!