Wednesday, October 19, 2011

Kenyataan Media TERAS


Kenyataan Media TERAS 
19hb Oktober 2011


TERAS GESA AHLI POLITIK JANGAN GHAIRAH UNTUK HERET AHLI AKADEMIK DALAM KANCAH POLITIK PILIHANRAYA


TERAS mengesa mereka yang sudah berkecimpung dalam arena politik jangan ghairah untuk mencabar ahli akademik masuk gelangang politik.

Kami amat kesali ujudnya budaya mencabar dan merendah-rendah pemikiran cendekiawan hanya kerana beliau memberi pandangan yang dianggap tidak memihak dan tidak disenangi oleh ahli politik.

TERAS kesal dengan kenyataan ahli Parlimen YB Zulkifli Nordin yang nampaknya dilanda sindrom mencabar sesiapa sahaja yang tidak sealiran dengan pandangannya ,termasuk dari golongan ahli akademik ,untuk bertanding dalam pilihanraya.

Ini bukan budaya politik yang sehat malah menunjukkan politik murahan bila satu-satunya modal untuk menguji kebenaran adalah dengan mencabar seseorang itu bertanding dalam pilihanraya.

Ahli Akademik seperti Prof Dr Aziz Bari tidak perlu kepada pilihanraya untuk membukti kebenaran dalam gelangang ilmu. Semestinya beliau hanya bertanggungjawab kepada ilmu dan bertanggungjawab kepada kebenaran ilmu yang menjadi tumpuannya.

Apa perlu beliau terlibat dengan pilihanraya yang hanya bergantung kepada sokongan popular dari pengundi yang menjadi nyawa kepada Ahli Politik seperti Zulkifli.

TERAS sangat kesal dengan sikap bebal ahli politik seperti YB Zulkifli yang hanya sibuk melontar pandangan yang sensasi , mengujudkan polemik murahan dan puas dengan mendapat liputan media tanpa apa-apa sumbangan konkrit kepada masyarakat. 

Jelas negara tidak perlu kepada ahli politik seperti beliau kerana tidak ada yang dapat dimanfaatkan , malah ahli politik sebegini adalah liabiliti kepada rakyat kerana wang rakyat diguna untuk menanggung elaun beliau padahal tidak ada sumbangan yang membina yang dihasilkan.

Tuduhan liar beliau kepada Prof Dr Aziz adalah jauh lebih biadap dan kurang ajar kerana Zulkifli menyatakan pendiriannya hanya untuk mempertahankan sesuatu yang belaiu sendiri bukan ahlinya iaitu soal kuasa Raja-raja Melayu dalam Perlembagaan.

Prof Dr Aziz sendiri menjelaskan bahawa pandangan beliau bukan menghina Sultan Selangor mengenai isu acara DUMC yang didakwa mempunyai agenda untuk memurtadkan orang Islam , tetapi adalah pandangan beliau berdasarkan peruntukan kuasa Sultan mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Lantaran itu kenapa pula beliau menjadi sasaran serangan ahli politik secara tidak beradab dan menduduh secara liar bahawa beliau menghina Sultan , sedangkan Sultan sendiri tidak menyatakan sikap baginda terhadap pandangan Prof Dr Aziz sendiri. 

TERAS mengesa sudah sampai masanya budaya politik murahan seperti ini ditolak oleh rakyat dan mereka yang hanya menjadi wakil rakyat untuk mencetuskan polemik semata-mata meletakkan jawatan dan kembali kepada kerajaya yang lebih bermanfaat untuk diri , keluarga dan masyarakat.


Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS



No comments: