Thursday, October 27, 2011

Pak-Pak Dagelan

Calon pensyarah Akademi Lawak


“A gathering of misfits”, “Perkasa backs national unity”, “My absence at the Bersih rally was part of the psych war” dan “Amaran Perkasa kepada calon yang menentang Islam” adalah senarai tajuk dalam portal pagi ini 27 Oktober 2011.

Satu ketika nanti jauh di relung masa depan,  apakah yang bakal dibaca oleh cucu cicit kita tentang Perkasa et al ini?  Ya,  paling tidak tragedi yang dipintal anyamnya itu dibaca dan dikaji oleh mereka yang mengkaji intrig, pergelutan dan ketidakmunasaban politik negara kita satu ketika dulu,  di awal abad ke 21.

Ketika itu watak-watak utamanya sudahpun tiada di bumi fana ini. 

Contoh kembara ke masa depan dan juga mundur ke rumah sejarah ini dapat kita lihat dalam episod Tun Abd Razak dengan Felda dan kesungguhan anak Pekan ini mahu membangunkan orang-orang Melayu luar bandar. 

Bayangkanlah jika arwah kembali lagi dan memohon supaya diberikan satu taklimat yang telus dan terbuka tentang Felda.  Dan yang diminta khusus oleh arwah untuk memberikan taklimat itu ialah Mazlan Aliman bersama ANAKnya.


2.

Kata orang-orang agama di antara perkara yang masih bersisa kepada manusia yang sudah tiada bersama kita i.e. yang arwah ialah doa anak-anak yang soleh.

Apakah perbuatan anak-anak yang soleh,  yang belum sempat soleh itu,  juga termasuk sebahagian daripada doanya?

3.

Yang jelas jika ada sesiapa yang mahu memulakan Akademi Lawak Antarabangsa, tuan-tuan sudah ada calon-calon pensyarahnya. 


No comments: