Friday, October 28, 2011

Skrip Penguasa buat santapan

Jangan berlakon lagi


Kawan saya ada cadangan yang katanya lebih wajar dan lebih berkesan. “Be genuine” atau dalam bahasa mudahnya “Buatlah apa yang selalu kita buat ─ tak usahlah berlakon-lakon!”. 

Kawan ini bermaksud: Pemimpin kita tak perlulah bersusah payah menunjuk-nunjuk,  bahawa mereka pedulikan rakyat bawahan jika sebenarnya pemimpin  tidak pernah peduli pun apa yang berlaku kepada rakyat.  Perbuatan sebegini, berlakon itu bukan saja mengekokkan diri sendiri tapi lebih teruk lagi sangat menyiksa rakyat bawahan. Rakyat bawahan bertambah tersiksa menonton lakonan pemimpinnya. 

Perhatikan keperihan seorang pemandu teksi, satu dari sekian banyaknya sampel rakyat bawahan itu: 

Seorang pemandu teksi mengalami keperihan hidup mencari sesuap nasi untuk keluarganya.  Saban hari, berjam-jam dia memutar kayu mati itu, mencari-cari di mana  rezekinya untuk dibawa pulang itu.  Dia sedar setelah pencen sebagai askar, kehidupannya tak banyak berubah.  Saban hari dia dikejar oleh kemestian yang berpanjangan dan yang tak pernah padam-padam, “Wang sewa untuk hari ini!”    

Sekarang ini saban hari, kerja buatnya sentiasa saja dikejar-kejar dan dibayangi oleh agensi yang dikuasai mantan seorang menteri.  Dia juga tahu dulunya dia perlu berurusan dengan LPKP.  Ya, dia tahu bahawa sekarang ini “Sudah Tukar!” tapi tidak pula dia tahu kenapakah sudah “Sudah Tukar!”

Yang dia sangat tahu ialah dia lebih mudah disaman.      


2.


Pemandu teksi yang memandu teksi sewa itu pelik merenungi untung nasibnya:

Kenapakah sekarang ini teksi milik pelbagai syarikat itu terlalu banyak?  Ya, dia cukup tahu bahawa saban hari, dia terpaksa bersaing hebat dengan sekian banyak teksi lain demi untuk mendapatkan sesuap nasinya.

Yang dia tidak pernah tahu ialah milik siapakah syarikat-syarikat itu.

Katanya,  duit minyak Petronas itu cukup banyak, kenapakah aku rakyat bawahan ini terus juga melarat?

Katanya bajet itu memerhatikan nasib semua rakyat termasuk yang bawahan seperti aku.  Katanya rebutlah peluang yang disediakan dan janganlah ketinggalan. Katanya, katanya, katanya, katanya...

Wang sewa harian belum sempat melunaskan bil elektrik bulan ini.  Semalam alat pendingin hawa pula meragam...Kelmarin aku ditipu lagi oleh seseorang yang katanya sakit yang hanya kenal semua datuk di ibu kota ini...


3.

Mungkin dia perlu berjumpa Rohman Shaari untuk bertanyakan tentang kesudahannya kisah “Waiting for Godot”(1) itu

Apakah benar bahawa ‘Godotnya seluruh kehidupan ini’ itu benar?

Atau yang tinggal di alam ini hanyalah bongkah batu yang maha besar milik Sisyphus(2) itu?

Atau orang-orang ini elok dan sebaik-baiknya dan selayaknya disanjung belai seperti rakyat bawahan membelai para perakus Timur Tengah itu?


_________________________________________________________



(1)Waiting for Godot is an absurdist play by Samuel Beckett, in which two characters, Vladimir and Estragon, wait endlessly and in vain for someone named Godot to arrive.
http://en.wikipedia.org/wiki/Waiting_for_Godot

(2) For his transgressions, the gods set a task upon Sisyphus that would stall and frustrate him throughout the ages. He was told to roll a large rock to the top of a steeply pitched hill. However, the rock was enchanted so that it would always roll down to the bottom as it was about to reach the apex of the hill. According to Greek myth, Sisyphus is still assigned to this frustrating task. He will be rolling the boulder to the top of the hill only to watch it roll back down again for eternity. The story of Sysiphus is referenced in The Odyssey by Homer. (http://www.wisegeek.com/in-greek-mythology-who-was-sisyphus.htm)


No comments: