Friday, November 4, 2011

Kutty, sarkas dan Goebells

Dari rumah sejarah kita


“Di zaman pemerintahan James I kuasa Eksekutif di tangan James I. Terwujudnya kuasa ini ialah kerana dia seorang raja yang mewarisi takhta kerajaan dari keturunannya. Kerana keturunan inilah yang dia mendakwa bahawa dia sebagai wakil Tuhan di dunia.  Di zaman moden ini, Raja tidak lagi memerintah, tetapi jemaah menteri yang menjalankan kuasa Eksekutif.  Kuasa ini tidak lagi didakwa datangnya dari Tuhan, tetapi datangnya dari mandat yang diberi oleh rakyat.  Dan pihak yang mempunyai kuasa ini mendakwa oleh kerana mandat rakyat yang diberi kepadanya dia boleh menjalankan kuasa itu mengikut apa dia suka.  Sekiranya mahkamah membuat keputusan bahawa kuasa yang dijalankan itu bertentangan dengan undang-undang, maka mereka menganggap mahkamah telah mencampuri politik dan memihak kepada politik.  Pihak berkuasa Eksekutif memandang kepada mahkamah dengan perasaan irihati dan syak, kerana mahkamah telah mentafsir undang-undang dan Perlembagaan yang mana mereka dengan kepandaian mereka sendiri menganggap mahkamah sebagai mengambil bahagian di dalam politik.  Yang demikian kuasa mahkamah untuk mentafsir undang-undang dan menyemak tindakan-tindakan yang dibuat oleh pihak Eksekutif, pada fikiran mereka, mestilah dihapuskan.


Inilah sebabnya Perkara 121 Perlembagaan dipinda.  Akibatnya mahkamah pada satu masa kelak tidak lagi berupaya mengawasi tindakan pihak Eksekutif dan akhirnya kepentingan rakyat dan kedudukan mereka akan terancam kerana mahkamah tidak lagi dapat memberi perlindungan kepada mereka.  Yang demikian hak asasi rakyat yang begitu sekali disanjung tinggi dalam konsep kerajaan demokrasi, akan hanya tinggal sebagai perhiasan Perlembagaan sahaja sebagaimana yang telah terjadi di negara-negara Sosialis.  Perlembagaan mereka mempunyai peruntukan yang luas dan kagum sekali mengenai hak asasi rakyat, tetapi semua ini tertinggal menjadi kata-kata sedap dan cantik sahaja kerana mahkamah tidak berupaya melaksanakan peruntukan itu dan memainkan peranan hanya sebagai hamba kepada Eksekutif.”


Tun Salleh Abas, Kebebasan Kehakiman: Singa di bawah takhta dijerat (satu kezaliman), Penerbitan Pena Sdn. Bhd, 1989 (halaman 11 dan 12).


2.

Dari rumah sejarah Jerman, dalam Hitler’s Hencemen, oleh Guido Knopp, C. Bertelsmann Verlag GmbH, Munich, 2000 kita temui:

“The essence of propaganda is ─ I might almost say ─ an art. And the propagandist is in the truest sense of the word an artist in popular psychology.  His most important task is to keep his finger, daily and hourly, on the pulse of the people and to adapt his measures to the heartbeat.”

Goebbels, 1935.

“If I’d told those people to jump from the third floor ─ they ‘d’ve done it!

Goebbels after his ‘Total War’ speech at the Sportpalast, 1943.


“The press today is no longer the enemy but is working alongside government.  Today press and government are in fact pulling in the same direction.”


 Goebbels, 1934.



No comments: