Friday, November 4, 2011

Lelaki Y, kemahiran berbahasa dan ilmu

Orang menjadi bijak kerana hebat (‘berair’) bertutur bahasa X


Lelaki Y (sila ambil perhatian, ini bukanlah lelaki Y sepertimana mereka temui dalam Liwat Versi 2 di zaman ‘Segalanya Satu’ itu) memiliki beberapa tanggapan berhubung bahasa.  Salah satu daripada ialah seperti berikut:

1) Jika anak saya pandai berbahasa X, peluangnya untuk mendapat pekerjaan sangatlah baik ─ jauh lebih baik daripada anak-anak orang lain. 

Lelaki Y sangat yakin tentang bahasa unggul.  Bahawa ada bahasa yang sangat  superior di alam ini.

Lelaki Y adalah seorang sahabat yang telah berpindah ke Negeri Jepun dan menetap di sana setelah pencen sebagai pengetua di Negeri Perlis.  Anaknya graduan universiti Jepun. 

Di samping itu, Lelaki Y cukup yakin bahawa anaknya menjadi bijak kerana dia pandai dan mampu bercakap bahasa X dengan fasih dan ‘berair’ sekali.


Kesimpulan:

Lelaki Y yakin bahawa anaknya telah berilmu dan menjadi orang berpengetahuan  kerana anaknya hebat berbahasa X.  Untuk makluman universiti tempat anaknya belajar  menggunakan bahasa Jepun. 

Soalan:

1) X itu semestinya bahasa Perancis, Jerman, Sepanyol?

2) Anak Lelaki Y menjadi lebih unggul dalam sebarang persaingan untuk mendapatkan pekerjaan kerana fasih berbahasa X. 

  

No comments: