Wednesday, November 2, 2011

Yang penting senjatanya

Politik karut marut: Apa saja yang menguntungkan adalah senjata

“So it is clear that some groups want PPSMI to carry on. These groups come mainly from middle class irrespective of race and are conversant in English. I do not think it wrong for them to think it is advantages for their children to learn science and maths in english. Yes! BN is setting a trap for Pakatan to declare their stand openly so that these groups will note vote Pakatan. That is why u see MCA, MIC and Gerakan making their stand to request Government to reconsider the abolishment of PPSMI.”

Itulah pesanan ringkas seorang kawan.


2.

Pandangan di atas boleh kita gunakan untuk menyemak dan merenungi perjalanan kita sebagai satu bangsa yang, katanya, sudah bebas dan merdeka.  Bangsa yang maju dan berjaya, katanya, dalam acuannya sendiri.  Dalam dokumen yang dinamakan Wawasan 2020 itu kita temui salah satu daripada sembilan tunggak berikut:

Kelima, cabaran untuk menwujudkan masyarakat matang, bebas dan bertolak ansur dengan pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, budaya, dan kepercayaan agama masing-masing tetapi pada masa yang sama, mereka tetap merupakan satu bangsa.”

Seperti biasa,  bahasa yang indah-indah seperti di atas ini  tak juga diisi dengan amalan yang tulus ikhlas.

Dasar-dasar yang termaktub dalam perlembagaan dilanggari.  Dasar-dasar awal pelajaran yang digubal oleh Sang Pemereintah yang sama dilanggari.  Menteri Pelajaran dalam kabinet Sang Pemerintah bentangkan agenda besarnya yang tersendiri. 


3.

Seluruh kemelut yang kita telah dan sedang lalui ini perlu dilihat secara menyeluruh dengan kepala yang dingin.  

Mungkin soalan utama:  Kenapakah kita sampai jadi begini?

Kita memiliki Sang Pemerintah yang kelihatannya tak pernah patuhi apa yang dijanjikan sehingga Shanti yang berambut Afro itu pun bertanya:

“Sudah tukarkah, bila tukarRR?”

Soalan seterusnya:  Apakah yang perlu kita lakukan?   
 
Bertempur sesama sendiri semata-mata kerana ada yang mahu tenggelam abadi? 



No comments: