Thursday, January 26, 2012

Melayu dari kaca mata Kit Siang dan Mahathir

1. Petikan Berita Pertama

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/kit-siang-more-malays-will-join-dap/

Kit Siang: More Malays will join DAP
By Clara Chooi
January 26, 2012

KUALA LUMPUR, Jan 26 — Lim Kit Siang predicted that the Malay influx into DAP will continue, in spite of the party being branded “Chinese chauvinist” and anti-Malay.

Anticipating already the wrath of Barisan Nasional’s (BN) key leaders — Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and his deputy Tan Sri Muhyiddin Yassin in particular — over his prognosis, the DAP veteran forewarned them today that “no force in the world” could stop Malays flocking to DAP.

“Let me inform the Umno leaders that this is the tide of the times and no force in the world can stop more Malays joining up with other Malaysians from other ethnicities in DAP to build a common destiny as Malaysian citizens for future generations of Malaysians,” he wrote in a statement here.”

2. Petikan Berita Kedua

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-mahathir-memansuhkan-polisi-berdasarkan-kaum-bakal-menimbulkan-huru-hara/

Dr Mahathir: Memansuhkan polisi berdasarkan kaum bakal menimbulkan huru-hara
Oleh Clara Chooi
January 26, 2012

KUALA LUMPUR, 26 Jan — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, adalah lebih baik pembangunan negara dilewatkan sedikit daripada memansuhkan dasar berasaskan kaum yang membawa risiko berlakunya rusuhan kaum di negara ini.

Bekas Perdana Menteri itu menjelaskan, berkemungkinan jika masalah kaum tidak menghantui Malaysia, pertumbuhan negara akan bertambah pesat.

Beliau turut berkata, jelasnya mengenepikan masalah bangsa dalam negara berbilang kaum juga tidak menjamin kepesatan pembangunan.

Dr Mahathir turut mempersoalkan samaada pengambilan kira bangsa dalam perniagaan di Malaysia melalui dasar Dasar Ekonomi Baru (DEB) benar-benar mengemukakan satu halangan bagi pertumbuhan ekonomi negara.

DEB, yang mula dilaksanakan pada tahun 1971, ditamatkan secara rasmi pada 1990, namun kebanyakan daripada program dibawahnya masih diteruskan.”


3. Petikan Ketiga


Rustam A. Sani, Ke Mana Nasionalisme Melayu? R Publishing Services, Kuala Lumpur, 2004 (hal. 114 dan 115) merakamkan begini:

“Seperti yang dinyatakan Dr. Syed Husin Ali dalam pertemuan parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) pada 9 September 1998:

Penyingkiran Anwar Ibrahim berlaku disebabkan antara lain oleh perbedaan pendekatan di antaranya dengan Mahathir tentang cara untuk menangani krisis ekonomi... Lebih penting lagi ialah perebutan kuasa di kalangan kepimpinan UMNO. Segelintir golongan yang telah menjadi kaya-raya dengan bantuan Mahathir mahu memastikan beliau terus berkuasa supaya dapat melindungi kepentingan ekonomi mereka yang sangat besar itu. Mereka juga mahu memastikan bahawa pengganti Mahathir mestilah seorang yang boleh terus diperalatkan untuk melindungi kepentingan mereka. Nyata sekali Anwar bukannya orang yang sesuai untuk melindungi kepentingan mereka.”

Pada bahagian lain (hal 115), Rustam berkata:

“Pada ketika itu, saya kira, tidak banyak orang menganggap serius gerakan reformasi yang tercetus oleh peristiwa penyingkiran Anwar Ibrahim. Menteri Kanan Singapura, Lee Kuan Yew, yang taksirannya tentang peristiwa-peristiwa politik di rantau ini biasanya dihormati dunia, meramalkan bahawa gerakan tersebut hanya akan bertahan selama beberapa hari sahaja kerana, menurut beliau, kerajaan mempunyai kekuatan luar biasa untuk menghapuskannya. Namun ramalan itu terbukti salah.”


PEMERHATIAN:

Perhatikan bagaimana seseorang pemimpin itu melihat orang-orang Melayu, kelompok majoriti di negaranya. Pemimpin ini melihat kelompok rakyat ini dalam warna yang cerah ― sarat harapan. Dia asyik menikmati indahnya warna-warni bianglala, lengkung berenda langit petang. Langit yang telah puas bersiram gerimis.

Sementara itu, ada kelihatan sangat memaksa-maksanya berdiri tegak. Kita dapat merasakan betapa sukarnya ‘dianya’ mahu menegakkannya. Dia begitu bersusah payah, memutar-mutarkan peti nyanyi buruk zaman lima puluhan itu. Peti nyanyi tua, berjarum tumpul, seakan-akan begitu ogah sekali bernyanyi lagi. Namun dia tetap penasaran: Sehingga ke liang lahat, lagu arkaik ini akan kudendangkan. Biarlah seluruh alam ini tertawa!

Ya, ada pemimpin yang masih belum mampu menerima takdirnya sebuah bangsa. Sebuah bangsa yang telahpun bertekad memusnahkan belenggu maha zalim itu. September 1998 adalah milik segala manusia negara tercinta ini.

Terima kasih upaya baru, dunia maya. Keranamu, bisa kuungkapkan gelisah-resah membuak-buak ini.

No comments: