Thursday, January 26, 2012

Umno memPERKASAkan kudrat

Petikan Pertama
http://roketkini.com/2012/01/25/mengapa-saya-pilih-dap-oleh-fairuz-azhan/)

Mengapa saya pilih DAP – Oleh Fairuz Azhan
25 January 2012

Salah guna kecerdikan

Secara peribadi, ini saya lihat amat berbeza dengan golongan elitis Melayu UMNO yang menggunakan pendidikan tinggi mereka, dan kecerdikan mereka untuk menindas dan memanipulasi rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu.

Kepentingan mereka adalah untuk mewujudkan ‘inferiority complex’ di kalangan masyarakat Melayu supaya orang ramai terus bergantung kepada parti politik mereka dan parti itu dengan sendirinya akan terus relevan.

Jika orang Melayu benar-benar diperkasakan, maka seharusnya mereka tidak perlukan UMNO atau pun mana-mana parti politik untuk ‘membela’ mereka. Orang Melayu yang berdikari dan mandiri tidak memerlukan ehsan politik untuk hidup bebas dan merdeka.

Jika orang Melayu hendak diperkasa, mengapa mereka perlu mendapat surat pengesahan Ketua Bahagian UMNO untuk mendapat projek? Ini hanya mencipta mentaliti pencacai atau pun rent seeker di kalangan orang Melayu, dan bukan memperkasakan mereka.

Lantas, pimpinan UMNO dan konco-konco mereka hanya mencipta politik perkauman dan politik ketakutan di kalangan masyarakat Melayu dan masyarakat majmuk di Malaysia demi kepentingan parti mereka, dan bukan demi kepentingan orang Melayu khususnya atau pun rakyat Malaysia keseluruhannya.

Saya pendirian teguh bahawa rakyat Malaysia dan masyarakat Melayu khususnya harus dibebaskan daripada pemenjaraan minda yang dicipta propaganda UMNO. Bukakanlah hati dan minda, dan carilah kebenaran. Dan jika kita berani untuk membuka hati dan mata kita, kita akan dapati bahawa DAP merupakan satu parti yang baik untuk rakyat Malaysia termasuklah orang-orang Melayu.”


Petikan Kedua
(http://roketkini.com/2012/01/25/umno-pun-sama-hebat-dengan-dap-oleh-daing-yahya/)

UMNO pun sama hebatnya dengan DAP – Oleh Daing Yahya
5 January 2012

Cerpen/Satira

Mengapa parti kita perlu kekal relevan

Tuan-tuan dan puan-puan sekelian,

Sebenarnya memang DAP bersama dengan PKR dan PAS mampu menjadi kerajaan pusat yang akan mengekalkan, malah menambah baik lagi hak, peluang dan kehidupan orang Melayu.

Tetapi tak kan kita nak biarkan mereka memerintah. Kalau Pakatan Rakyat memerintah, bagaimana dengan nasib para pemimpin parti kita serta keluarga dan kroni?

Jadi perlulah difahami bahawa parti kita perlu relevan. DAP kata dia nak hapuskan rasuah. Kita sokong. Kita tidak mahu orang bagi rasuah dekat polis dan kepada pegawai majlis bandaran.

Tetapi kita kena faham bahawa wang komisen berjuta-juta ringgit untuk projek di kalangan keluarga dan kroni kita itu tidak boleh dianggap rasuah.

Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, ada orang kata ini namanya korupsi tetapi sebenarnya ia adalah bayaran faedah. Rasuah memanglah haram tetapi apabila namanya sudah bertukar menjadi wang komisen, maka itu sudah menjadi halal. Apa salahnya mendapat wang komisen, bukan?

Jika tidak membantu para pemimpin kaum kita menjadi kaya-raya, bagaimana kita menumpang bangga kejayaan tokoh-tokoh korporat dan politik dari kalangan kaum kita?

Biarlah Melayu tak sedar diri yang mahu kepada keadilan, demokrasi, hak asasi dan peluang saksama sesat bersama DAP. Hanya Melayu yang berjuang atas nama kaumnya sahaja akan selamat bersama kita. – Roketkini.com


Petikan Ketiga
(http://www.freemalaysiatoday.com/2012/01/19/nizar-the-malays-are-back-with-us/)

Nizar: Malays are back with us

Stephanie Sta Maria
January 19, 2012

Three elements lie behind this shift. The first is the relationship PAS had forged with the second generation of Felda settlers who were currently living outside their settlement and exposed to news sources beyond the mainstream spectrum.

“These youth are those who are bringing back our messages to their parents and convincing them to take a different point of view,” Nizar said.

The second element is the redemption of PAS and Nizar’s image through the re-telling of the coup d’etat through Pakatan’s eyes.

“Umno’s justification was that I represented a Chinese government and it would retain a Malay one,” Nizar stated. “Remote Malay village communities agreed and condoned Umno’s actions.”
“Over time they forgot about it but we have been reminding them through VCDs, flyers and ceramahs. And when we explained it in their language they began to understand. So this issue would continue to be the prime agenda of all our ceramahs.”

NFC scandal is a bonus

The third element is a bonus delivered by BN through the recent NFC scandal with which many Felda settlers could comprehend and identify. And this, Nizar stated, “tremendously boosted” Malay support for PAS.

He nevertheless warned his compatriots against basking in overconfidence particularly when BN’s top guns were making frequent descents upon the state.

“(Prime minister) Najib (Tun Razak) has been spending a lot of time in Perak and (Deputy Prime Minister) Muhyiddin (Yassin) is there twice a month,” he said.


RUMUSAN PETIKAN


Golongan elitis Melayu UMNO yang menggunakan pendidikan tinggi mereka, dan kecerdikan mereka untuk menindas dan memanipulasi rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu.

Kepentingan para pemimpin UMNO adalah untuk mewujudkan ‘inferiority complex’ di kalangan masyarakat Melayu. Pendekatan seperti ini hanya mencipta mentaliti pencacai atau pun rent seeker di kalangan orang Melayu, dan bukan memperkasakan mereka.

Rakyat Malaysia dan masyarakat Melayu khususnya harus dibebaskan daripada pemenjaraan minda yang dicipta propaganda UMNO.

DAP kata dia nak hapuskan rasuah. Kita sokong. Kita juga tidak mahu orang bagi rasuah dekat polis dan kepada pegawai majlis bandaran. Rasuah memanglah haram ― tapi apakah wang komisen tidak halal? Apa salahnya kita tidak menerima rasuah tapi mendapat wang komisen?

Jika tidak membantu para pemimpin kaum kita menjadi kaya-raya, bagaimana kita menumpang bangga kejayaan tokoh-tokoh korporat dan politik dari kalangan kaum kita, orang-orang Melayu?

Anak-anak muda membawa balik maklumat yang jauh berbeza daripada apa yang ibu bapa mereka sentiasa perolehi daripada media UMNO. Mereka mengetahui versi lain berhubung isu-isu Felda, Felcra dan Risda. Mereka juga mendapat cerita yang sama sekali berbeza tentang rampasan kuasa di Perak. Mereka juga lebih faham perihal kepimpinan Nizar yang dijaja oleh Umno sebagai boneka DAP.

Mereka seolah-olah tidak melihat betapa banyaknya khazanah negara kita dibazirkan tapi mereka telah melihat dengan nyata bagaimana RM 250 juta itu telah dilembukan.


2.

Apakah bahasa, cara, kaedah serta bentuk kita menceritakan segala macam ragam salah guna kuasa, penyelewengan dan pelbagai kebejatan itu tidak cukup mantap? Ya, tidak cukup baik untuk difahami dengan jelas bahawa ― selama bertahun-tahun, orang-orang Melayu telah ditipu?

Apakah segala strategi pencerahan fikiran rakyat yang terpinggir itu begitu mudah ditipu dan dikaburkan dengan sogokan-sogokan sekali lalu ala sentuh sambil lalu, Touch n Go itu? Apakah kita yakin bahawa segala rasuah segera berbentuk taburan wang ringgit di merata-rata tempat sekarang ini tidak menggugah sikap segala marhaen ini?


3.

Umno tak punya harapan sekiranya 8 tuntutan Bersih 2.0 itu dipenuhi.

Sesungguhnya Rakyat yang celik dan mandiri tidak baik untuk Umno.

Umno sedang menggunakan pelbagai ramuan untuk mematikan Rakyat.

Apakah Umno akan berjaya?

No comments: