Tuesday, April 10, 2012

Bijaknya pemimpin kaum Cina

‘Chat Time With Najib’ NTC7: Pengajaran untuk orang Melayu


Semua orang tahu, secara relatif, media elektronik dan juga cetak Cina jauh lebih bebas, lebih terbuka, lebih berani, lebih ke depan jika dibandingkan dengan media milik Melayu (Ada lagikah media milik Melayu? Harakah itu milik PAS, bukannya milik orang-orang Melayu walaupun ramai orang Melayu yang membaca akhbar tersebut.)


Oleh sebab suara kaum Cina itu jauh lebih mencengkam, lebih kesan ― dan pengaruhnya terhadap kuasa, maka suara kaum Cina sentiasa saja diberikan perhatian. Di negara kita, suara mereka amat menentukan dalam segala hal. Paling ketara mereka berjuang dengan suara yang bulat dan tekad yang jitu, bahawa budaya dan bahasa Cina tidak boleh dipermain-mainkan.

2.

Antara lain isi pokok wawancara di atas ialah seperti berikut:

Najib mengaku bahawa (yang katanya) tranformasi itu tidak akan berjaya tanpa sokongan rakyat. Semalam rakyat ialah undi orang-orang Cina.

Lynas penting kerana orang-orang Cina telah bangkit dengan lantangnya menentang projek bunuh diri dan projek membunuh generasi depan negara ini.

Pakej pendidikan Cina, mulai dari pengiktirafan sijil yang dikeluarkan oleh komuniti itu mestilah diberikan pengiktirafan. Kaum Cina tak pernah undur dalam isu-isu budaya (budaya itu termasuklah bahasanya).

‘Pembangunan’ yang melibatkan kepentingan orang-orang Cina seperti laluan MRT di Jalan Petaling tidak boleh lagi dipandang sepi oleh Umno. Masalah Umno menjadi lebih rumit apabila bantahan para pemilik Jalan Petaling itu mendapat sokongan padu, jitu dan mantap orang-orang Melayu di bawah Muafakat di Gombak. Sikap dan keterbukaan seorang aktivis seperti Cikgu Ishak Surin dari Kampong Banda Dalam memungkinkan penyatuan ini menjadi nyata. Satu lagi tembok ‘pecah dan perintah’ ciptaan cukong, niagawan dan siasahwan telah roboh.


3.

Dalam konteks seperti ini kita ingin bertanya: Wahai Pemimpin Melayu - di mana dan ke mana kalian?


Orang-orang Melayu ― baik yang punya kuasa, yang punya harta, yang punya pangkat dan yang punya darjat ― apakah yang kalian lakukan?


Makanya orang-orang Melayu melarat, kita tidak boleh ayem-ayem, tenang-tenang melihat apa yang sedang berlaku di sekeliling kita.

Melayu melarat perlu menjaga tepi kain rakyat kecil, Melayu melarat yang lain.


4.

SELAMAT DATANG ke perkelahan besar di Dataran Merdeka pada 28 April, jam 2.00 petang!

No comments: