Tuesday, April 10, 2012

Ragam anak muda

Catatan Benz Ali
20.34 6.04.2012


alhamdulillah. sekarang aku dalam bas. on the way untuk pulang ke kampung halaman. pengembaraan/perjalanan sepanjang hampir dua tahun ini akan ditamatkan malam ini. segala detik suka luka akan diselesaikan malam ini.

bermula di kedah kemudian melaju ke pengkalan hulu, perak kemudian kembali semula ke kedah untuk membangunkan anak-anak kampung dengan tuisyen dan kedai jajan, selepasnya ke singapura sebagai marhaen biasa yang mencari kerja, selepas itu ke quantown mencari cinta yang tak kesampaian sebelum terhempas beberapa lama di sana setengah tahun -quantown, cherating dan kemaman- bergerak ke perak, kali ini ke taiping untuk membangunkan diri yang telah lama hilang tenggelam dimamah luka cinta yang mendalam, kemudian turun ke titihayun [pengakraban dengan dinsman dan kawan2 bermula di sini dan di sinilah bermulanya benz ali] bergerak semula ke kuala lumpur dan terpaksa menganggur beberapa lama sebelum mendapat kerja. dari satu kerja ke satu kerja, dari satu kerja ke satu kerja dan dari satu kerja ke satu kerja yang lain....

dan pada akhirnya, malam ini aku akan sampai ke rumah, dan menoktahkan segala-gala. Allah menakdirkan pengembaraan aku begitu luarbiasa. bermula agak tragedik tetapi berakhir dengan sesuatu. aku sudah menjadi guru sepenuh masa di sebuah sekolah menengah swasta. dalam kembara yang sama, aku berkenalan dengan ratusan kenalan dan puluhan kawan yang pelbagai aneka rakam. aku menjadi penyair revolusioner, membangkitkan jiwa yang terbungkam walaupun pernah dibengkelkan oleh MPR tetapi aku tak dapat banyak. dinsman meminjamkan aku keberanian sebuah seni, manakala tehrani memugar intelektual dalam berkarya. dan naqibku, abdul rauf baharuddin adalah pencerah pemikiranku.

terlibat di upsi berdarah dengan puluhan rakan mahasiswa adalah sesuatu peristiwa yang tak pernah disangkakan sebelum ini. ilmu aku selama ini cuma terperap dan cuma menjadi lelaki munafik semenjak beberapa lama. jika tiada pengembaraan ini, aku tak fikir aku boleh seterbuka ini dan menghilangkan munafik dalam jiwa, dan dalam dada. bertemu kembali dengan beberapa komrad lama yang pernah dimusuhi sewaktu di alam mahasiswa seperti lelaki2 SMM, tetapi sangat tabik pada mereka kerana berani berkata benar dan tak takut pada mereka-mereka yang bersalah.
di kuala lumpur, semenjak penghujung tahun lepas, dinsman dan pak kassim telah memperkenalkan aku dengan sebuah kampung dari kampung-kampung melayu di kota lumpur itu, iaitu kampung banda dalam. ada seorang tokoh kemerdekaan, anak buah bustaman yang maseh bernafas iaitu cikgu ishak surin yang sedang memimpin anak-anak kampungnya menentang iblis kapitalis. aku agak bangga bila cikgu ishak surin, anak buah bustaman itu meramahiku. dan mengenal aku, termasuklah soleh seorang dari pemuda berani kampung banda dalam.

berpuisi di jalan sultan, di pasar malam, di kampung banda dalam sendiri adalah sesuatu yang tak pernah difikirkan langsung sebelum pengembaraan ini. aku tak pernah menyangka aku boleh bershair sedangkan aku lebih meminati sastera penceritaan seperti novel dan cerpen. berdebat dengan lelaki-lelaki attasian juga adalah suatu pengalaman yang tak boleh tahan. dan sebetulnya, aku sangat mengagumi wan raushanfikir. blognya pada satu masa dulu merupakan pencerah padaku sewaktu aku di alam kampus dan sering jadi rujukan berkali-kali ketika aku memperkatakan sesuatu.

semasa bekerja di restoran cina muslim, berkenal juga dengan eddy gordo yang bekerja sebagai designer rebel yang cool. banyak tshirtnya yang aku beli menambahkan lagi persaudaraan revolusioner. cita utuh beliau untuk membangunkan sarekat islam buat aku teruja. dan aku fikir sesiapa yang mengharamkan facebook adalah orang yang tak reti main facebook. walhal facebook ciptaan lelaki jew bernama zuckerberg ini banyak membantu aku semasa aku gelandangan di bumi lee kuan yew. tolonglah main farmville dan add benz ali sebagai rakan. baru anda tahu betapa bergunanya facebook.

apakah lagi pengalaman yang belum aku catitkan di sini? sekurang-kurangnya seni aku dibayar selepas dinsman dan kawan-kawan membangkitkan jiwa terpendam. cerpen aku dan deklamasi-deklamasi aku dibayar. berbeza ketika aku terujakan MPR.
bergulat penuh aksi dengan shiah juga suatu pengalaman tak dapat dilupakan. dan kini, aku pemuda sunnah yang tegar, yang condong pada kebenaran, keadilan dan aktif melawan kemungkaran. terputus persahabatan dengan beberapa kawan terpaksa aku biarkan kerana bagiku, sahabat sebenar itu bersetia pada kebenaran dan keadilan. jika dia sahabat sebenar kita, dia tak akan tinggalkan kita.

entah kenapa dalam keseluruhan paragraf di atas aku tak sentuh langsung tentang politik. atau parti. aku peduli politik. dan parti aku tak peduli. politik pembebasan, melawan politik penindasan. dan aku lebih nampak peduli politik adalah lebih abu dzar dari politik parti dan lebih buruh politik penindasan. aku tak menyeru pada parti. tapi aku menyeru massa peduli politik. dan aku akan terus buat kerja ini jika diberi nyawa. pergi jahanam dengan tokoh, dan hidup rakyat adalah slogan keramat. dan bagiku kerja kita wajib memandaikan massa. bukan menuhankan tokoh.

dan ini antara kesimpulan2 yang aku dapat simpulkan sepanjang perjalanan ini.

No comments: