Monday, April 9, 2012

Major berkempen

Mereka lantak, segala-galanya


“Wahai rakan-rakan sekalian, tidakkah jelas kepada kita bahawa segala kesengsaraan dan kebejatan kehidupan kita ini, puncanya ialah para Tiran itu ― Manusia? Musnahkan Manusia, segala hasil mahsyul yang kita keluarkan itu akan menjadi milik kita sepenuhnya.”


“Manusia itu binatang pandainya hanya melantak tanpa bekerja. Dia tidak mengeluarkan susu, tidak berupaya bertelur ― terlalu lemah untuk mencuit tenggala, malah terlalu daif berlari menangkap arnab. Namun lihatlah ― dialah Maharaja segala binatang. Dia memaksa segala binatang bekerja semahu-mahunya. Untuk itu dihulurnya yang paling minima agar tidak kebuluran tapi menyimpan segala-galanya untuk dirinya. Tenaga kitalah yang diperasnya buat menenggala, dan najis kitalah yang menyuburkan tanah, namun kita tetap tidak memiliki apa-apa kecuali penderitaan.

Lihatlah nasib segala Lembu di depan kita ini, entah berapa ribu gelen susukah telah mereka perah-kuras dari tubuh-tubuh ini tahun lalu? Kemudian kita mahu tanyakan: Apa jadi dengan susu yang sepatutnya membesarkan anak-anak Lembumu itu? Ya, setiap tetes ditembolokinya, dimentekedarahnya sepuas-puas nafsunya.

Wahai ayam, berapa biji telurkah yang kalian kemutkan tahun lalu? Berapa banyakkah yang menetas menjadi anak? Tidak ada pun sisanya; segalanya telah dilantak oleh Jones dan segala jembalangnya.”

Demikianlah kira-kira terjemahan bebas dua cebis petikan ucapan Major, the Middle White, Babi randuk dalam teks Animal Farmnya George Orwell.

Major yang berumur 12 tahun itu telah bermimpi bahawa penindasan yang segala binatang alami selama ini tersangatlah kejam dan memedihkan jiwa mereka. Untuk itu ― mereka, para binatang perlulah bertindak dengan segera. Memang benar, Major kini sudah tegak lurus di pentas PRU13.

No comments: