Thursday, September 20, 2012

Gagasan Besar Sang Pemimpin



Gagasan geliga dua pemimpin besar
(dipetik dari dua buah fb, facebook)



Dr M: “I say a strong government is necessary if we are going to do unpleasant things. We cannot be pleasant all the time."

“A government has to annoy the people. If the government wants to be popular all the time, then it would be doing the wrong thing,”

NoMegaTower: If this government has been so annoying and doing so many unpleasant things and unpopular for most of the time, it must be already doing the wrong thing. Why do we bother to vote them in for another time just to annoy ourselves?


SELAMATKAN BN !! MALAYSIAKINI - (EDIT) Kerajaan meluluskan peruntukan RM100 juta kerja-kerja menaik taraf bangunan sedia ada dan membina bangunan tambahan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri G Palanivel berkata kerja-kerja tersebut khusus untuk diselenggara kontraktor-kontraktor masyarakat India.

"Saya telah pun memohon kepada Kementerian Kewangan supaya mengecualikan kontraktor-kontraktor tersebut daripada syarat memiliki sijil Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) untuk kerja-kerja tersebut,"


II.

Jika kita saring pati petikan di atas, kita perolehi inti fikiran berikut:

PERTAMA

Kenapakah sesebuah kerajaan itu mesti kukuh@kuat?

Untuk sesebuah Kerajaan itu membuat ‘kerja yang pelik-pelik’, ia mestilah sebuah Kerajaan yang kuat. Di samping itu:

Sesebuah Kerajaan mestilah menjengkelkan rakyatnya.  Sekiranya sesebuah Kerajaan itu ingin popular sepanjang masa, maka Kerajaan itu akan membuat kerja-kerja yang pelik-pelik@salah.  

(“I say a strong government is necessary if we are going to do unpleasant things. We cannot be pleasant all the time."

“A government has to annoy the people. If the government wants to be popular all the time, then it would be doing the wrong thing,”)
 

KEDUA

"Saya telah pun memohon kepada Kementerian Kewangan supaya mengecualikan kontraktor-kontraktor tersebut daripada syarat memiliki sijil Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) untuk kerja-kerja tersebut,"

Inti buah fikiran di atas dapat diterjemahkan menjadi:

Dalam hal-hal tertentu, kita perlukan pengecualian.   


III.  Apakah pengajaran daripada petikan di atas?

Petikan di atas bermanfaat untuk renungan bersama.  Ramai yang boleh manfaatkan gagasan dan idea besar para pemimpin BN ini.  Salah satu bidang yang boleh memanfaatkan gagasan@idea  besar ini ialah bidang pendidikan.  Gagasan pertama, misalnya cukup baik lagi sesuai untuk calon-calon yang mengidam untuk memasuki Sekolah Loyar Buruk, untuk perolehi ijazah Sarjana Muda Loyar Buruk (Kepujian).  Selain itu gagasan ini baik untuk mereka yang berminat seklai dengan soal-soal mantik herot petot.  Negara ini terkenal dengan pakar mantik herot petot@SONGSANG. 

Kita juga dapat manfaatkan idea geliga seorang lagi tokoh BN juga dalam bidang pendidikan lebih-lebih lagi untuk merancang pembangunan berterusan Malaysia kita.  Cadangan jaguh BN ini tepat untuk pertimbangan para calon yang ingin perolehi sijil kemahiran pertukangan.  Dalam kes ini, sijil yang sesuai ialah Sijil Melentur Peraturan.  Kursus ini seakan-akan atau mirip kursus untuk calon tukang-tukang besi yang mahir melentur dan membentuk tetulang besi konkrit pembinaan. 

Persoalannya ialah Universiti atau Sekolah Teknik yang manakah yang berselera untuk menawarkan ijazah dan sijil di atas.  Untuk mendapatkan pensyarah pakarnya, kita tidak perlu risau.  Pakar bidangnya sudahpun menanti tinggal pukul telefon saja.



No comments: