Sumber: http://kpru2010.wordpress.com/2012/09/19/buku-pendedahan-di-parlimen-dengan-kata-pengantar-oleh-ds-anwar-ibrahim/
Buku pertama Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU – Political Studies
for Change) berjudul “Pendedahan di Parlimen: Dasar dan Cabaran Malaysia”
kini diterbitkan dengan kata pengantar oleh Ketua Pembangkang Dewan Rakyat,
Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Buku ini disunting oleh Pengarah Eksekutif KPRU, Ooi Heng dan memberi
tumpuan kepada topik-topik penting tatkala Malaysia berada di ambang perubahan.
Sebagai sebuah badan pemikir dan penyelidikan, KPRU berharap kelahiran
buku ini dapat memanjangkan wacana yang mengangkat dasar kepedulian rakyat.
Buku setebal 290 halaman ini berharga RM28 (tidak termasuk kos kiriman)
dan merupakan penerbitan bersama KPRU dengan Strategic Information and
Research Development Center (SIRD). Sesiapa yang berminat untuk membelinya
sila emel Ooi Heng melalui ooiheng@gmail.com dengan menyatakan nama, nombor
telefon bimbit, alamat dan bilangan tempahan.
Petikan Kata Pengantar Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Berbeza dengan sistem parlimen di India, Indonesia, United Kingdom dan
Australia, ahli-ahli Parlimen di Malaysia tidak diperuntukkan dengan pegawai
penyelidik. Justeru, penubuhan Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) sebagai
sebuah pasukan penyelidikan yang digerakkan oleh saudara Ooi Heng dan
sekumpulan anak-anak muda yang komited dalam membantu urusan penyelidikan dan
penyediaan maklumat sebagai dukungan terhadap peranan wakil-wakil rakyat
pembangkang sewajarnya dihargai dan dimanfaatkan sebaiknya. Komitmen mereka
sememangnya bererti dalam memudahcara tugas serta tanggungjawab seseorang wakil
Parlimen yang secara umumnya berperanan untuk menggubal undang-undang dan juga
dasar yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara.
Parlimen seharusnya menjadi “gelanggang” rasmi di mana segala bentuk
perbincangan, perbahasan dan persetujuan melibatkan dasar negara termasuk
aliran keluar masuk wang awam dikawal selia secara telus dan terbuka. Dalam
erti kata lain, Parlimen bukan sekadar platform untuk perbahasan dasar-dasar
yang berkait dengan kepentingan rakyat, bahkan seharusnya ia bersifat luwes
yakni berupaya berperanan sebagai pemantau yang menjadi penimbang tara kepada
ketelusan pentadbiran kerajaan yang memerintah.
Nota Pemerhatian:
Kita tidak tahu apakah parti-parti komponen Pakatan Rakyat (termasuk di Sabah dan Sarawak) telah memanfaatkan tenaga, kebolehan dan kemahiran anak-anak muda kita dalam usaha-usaha membantu Pakatan.
No comments:
Post a Comment