Sunday, September 23, 2012

Gincu, martabat demokrasi dan hati perut pemimpin



Hati perut sang pemimpin itu


Kita petik dua contoh di bawah, senaraikan isi-isi pokoknya tapi kita tinggalkan bahagian penutup untuk renungan bersama. 

Jika buah pikiran sang pemimpin ini dibaca oleh rakyat biasa, para pelajar sekolah, MAHAsiswa ― agaknya apakah tanggapan yang dapat mereka gambarkan?   

Tidak kurang pentingnya ialah bagaimana sebenarnya ‘hati perut’nya sang pemimpin itu terhadap makna, peranan dan kedudukan sebenar demokrasi dalam negara?  Adakah demokrasi itu gincu?


Sumber: http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2012/09/19/theres-something-about-selangor/


There’s something about Selangor
September 19, 2012

... And perhaps it is this small hiccup that has caused Prime Minister Najib Tun Razak to come out with a statement that he was “worried about the future of the Malays and the Muslims should the country come under a different regime” as reported in a local English daily on Sept 16.

Well, what have MCA and MIC got to say to this?

The same English daily also reported Najib as saying, “I believe those in DAP are not at ease with the position of the Malays and Islam. Just ask those who experience it in Perak and Selangor. PKR is weak. With its combination with others, and if DAP wins big, where will the Malays place their hope?”


II.

Sumber: http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/1Malaysia_B.pdf

“1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.”

- Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak -
Perdana Menteri Malaysia


III.


Lihatlah dan bandingkan kedua-dua petikan di atas.  Apakah yang dapat kita rumuskan?

Mungkin rumusannya ialah:


Versi Pertama:


i) DAP sangat berbeza dengan MCA dan MIC (baca dan telitilah makna pernyataan ini). 

ii) DAP tak begitu selesa dengan Islam dan Melayu.

iii) PKR lemah.

iv) Bahayalah yang menanti Melayu sekiranya DAP menang besar.

v) Umno bimbang dengan kedudukan Melayu dan Islam sekiranya kepimpinan negara diambilalih oleh regime lain (versi kebalikannya@kontranya ialah rakyat semakin gerun sekiranya Umno terus berkuasa setelah PRU13 nanti).



Versi kedua:


i) Ada visi yang namanya 1Malaysia demi untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

ii) Visi ini diperkukuhkan@berteraskan “beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.”



No comments: