Thursday, September 6, 2012

Pak Samad: Polis mahu siasat puisi Janji Demokrasi



Sumber:
http://www.malaysiakini.com/news/208064

Pak Samad: Polis mahu siasat puisi Janji Demokrasi

Dua penganjur Janji Demokrasi, Sasterawan Negara A. Samad Said dan Maria Chin Abdullah telah diarah hadir di Balai Polis Dang Wangi pada jam 3 petang, 6 September 2012 (hari ini) untuk direkod kenyataan masing-masing berhubung perhimpunan Janji Demokrasi pada HUT Kemerdekaan yang lalu.

Menurut Bernama, Ketua Polis Kuala Lumpur, Mohmad Salleh berkata kedua-duanya dikehendaki memberikan kenyataan di Balai Polis Dang Wangi pada jam 3 petang hari ini, 6 September 2012.

Sementara itu laman Malaysiakini versi Inggeris dititipkan pelbagai pesan oleh para tetamunya.   Kita petik dua pesan menarik:

Tetamu A: Pak Cik A. Samad Said, you are our Václav Havel who was a Czech playwright, essayist, poet, dissident and politician fought fiercely against tyranny in his homeland Czechoslovakia. Let your arrest become the last standing of UMNO rule in Malaysia.

Tetamu B: NR is shitting in his pants wondering who has taken over control of the cops. I m sure he is not so politically blind as to not see the damage the cops are doing to him. Unseen hands have taken over control of the cops and are using the rogue force to make people hate NR.

Nota tambahan:

1) Sesiapa yang belum sempat membaca “The Power of the Powerless” oleh Vaclav Havel, silalah muaturun dan kunyah tulisan tersebut.

2) Marilah kita sama-sama kunjungi Balai Polis Dang Wangi, jam 3 petang nanti. 






No comments: