Thursday, September 6, 2012

Sepetang di Rumah Pasong

Satu petang di Rumah Pasong Dang Wangi, Kuala Lumpur.


Menunggu memang menguji kesabaran.  Namun begitu menunggu juga membuka peluang bercerita dan bertukar-tukar berita tentang pelbagai isu. 

Ini satu contoh cerita:

Cerita TT berhubung kenyataan seorang pakar bidang tentang Malaya yang tidak pernah dijajah.  Kata Sang Pakar semasa Portugis menakluk Melaka yang ditakluki ialah jambatan yang strategik, Kuala Sungai dan Bandar Melaka.  Datuk nenek kita di Jelebu, Jitra dan Sungai Petani tak pernah tahu apa itu Benggali Putih.  Ini bermakna Malaya tak pernah dijajah.  Kataku, "Sang Pakar juga pandai berloyar buruk!"     

Satu lagi cerita:

Kisah@tragedi bagaimana Sang Pakar bidang telah kalah dalam pemilihan Bahagian Umno.  Khabarnya Sang Pakar begitu pedih apabila orang yang cerdik-cerdik ditolak oleh Umno.  Dan hari ini, kita telah membaca bagaimana seorang mantan Orang Besar memberikan amaran (atau merayu?) supaya Umno jangan sampai kalah dalam PRU 13 yang akan datang.  Jika Umno kalah, hujah mantan ini, Umno akan pupus selama-lamanya kerana itulah yang bakal dilakukan oleh Pakatan Rakyat.  Sebabnya?  PR akan bunuh Umno buat selama-lamanya!  Kita ingin membaca bacaannya Sdr Lutfi atau Pak Subky berhubung rayuan minta nyawa seperti ini.




(Potret di atas adalah rekod bahawa kami pernah berada di Rumah Pasong untuk memberikan sokongan kepada Pak Samad, SN)

   

No comments: