Saturday, September 22, 2012

Satu malam di Petaling Street

Satu malam di Petaling Street.


Malam kebudayaannya diusahakan oleh sdr Yeoh.  Pada malam itu, kami dari Kampung Banda Dalam berkumpul bersama-sama mereka.  Pada malam itu Cikgu Ishak Surin, taiko Kampung Banda Dalam berucap dengan penuh semangat, menegaskan sekali lagi - pembohonagn atas dasar bangsa sudahpun berlalu.

Pak Sahak termasuklah di antara manusia Melayu yang sama sekali tidak percaya kepada segala bentuk tohmahan dan pembohongan gerombolan penguasa Melayu yang rancak menjahanamkan Melayu.

Melayu penguasa nyata sedang rancak merembat atas nama Melayu.  Pada malam bersejarah itu,  aku membaca apa yang mampu kucoretkan sebagai rekod dan saksi buat anak-cucu-cicitku: Bahawa aku tidak menjadi pemerhati yang bisu lagi tuli.

Semoga usaha yang kecil ini diredhai dan ia akan diambilkira pabila aku kembali menemuiNya kelak. Amin.










No comments: