Wednesday, October 10, 2012

Bekas tahanan ISA, Jamal Azahari



Dari facebooknya Sdr Ahmad Lutfi Othman
(Marilah kita semua, sama-sama membantu keluarga yang malang ini)

Mulanya saya bercadang nak mencatatkan agak terperinci tentang perkembangan keluarga bekas tahanan ISA, Jamal Azahari, yang memerlukan sokongan kewangan agak besar bagi membolehkan mereka ke Manila.

Namun, kesihatan yang sering terganggu tidak memungkinkan saya berkongsi rasa lebih jauh lagi. Yang penting, saya ingin merakamkan sejuta penghargaan kepada penderma yang budiman di atas sumbangan ikhlas anda. Terima kasih dan terima kasih, hanya Allah dapat mengganjarinya sebagai amal soleh tuan-puan sekalian; saya dapat merasai getar suara syahdu anak-anak Jamal Azahari, yang cukup gembira dengan bantuan itu.

Alhamdulillah, Nasima, anak sulung Jamal Azahari, yang kini dipenjarakan di Filipina selepas dibebaskan dari Kem Kamunting lima tahun lalu, memaklumkan kepada saya dua hari lepas, bahawa bantuan awal yang telah disalurkan kepada mereka sudahpun digunakan untuk membeli tiket sehala ke Manila, hampir RM5,000, untuk lapan beranak itu.

Saya cuba berbicara dengan ibu mereka, Norhatta tetapi Nasima memberitahu emaknya tidak sihat, dan hanya mampu menitipkan salam. Mereka dijadual bertolak hujung hulan ini dari Sandakan. Empat tahun lalu, keluarga besar itu dapat bersua muka dengan Jamal Azahari, juga melalui sumbangan yang kami usahakan, dan mereka tinggal di Manila dan kemudiannya di kampung halaman, di selatan Filipina selama lebih 10 bulan.

Saya terpaksa sekali lagi merayu jasa baik dan keprihatinan anda untuk terus menderma dan menyumbang kepada keluarga Jamal Azahari yang masih teraniaya, bagi memudahkan perjalanan mereka melalui kapal laut itu, serta dapat menampung keperluan seharian semasa berada di Manila dan dapat menjenguk sanak saudara di kampung asal mereka. Kebanyakan keluarga mereka di sana juga terhimpit kehidupan mereka.

Salurkan terus sumbangan anda kepada akaun Maybank HARAKAHDAILY DOT COM 564070000336. Terima kasih jika anda dapat membantu sebelum 20 Oktober ini...


No comments: