ARKIB :
23/05/2012
“Rakyat, negara dan kelangsungannya
DATUK RUHANIE AHMAD ialah mantan Ahli Parlimen Parit
Sulong
Artikel
Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120523/re_01/Rakyat-negara-dan-kelangsungannya#ixzz289WkWztG
Elemen
batiniah Malaysia yang jadi mangsa adalah nilai-nilai terasnya, iaitu
ketenteraman, keamanan, kesejahteraan, keharmonian, kemakmuran, perpaduan dan
ketahanan yang dilandasi Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara, Wawasan 2020
dan Konsep 1Malaysia.
Ini sebabnya
bila pakatan pembangkang mengaktifkan pertukaran kerajaan atau regime change,
kerana orang besarnya gairah merampas takhta di Putrajaya, perbuatan ini
ditujukan kepada rakyat, muka bumi, pemerintah serta nilai-nilai teras
Malaysia.
Namun kerana regime
change ini dilandasi budaya ganas, lazimnya didalangi anasir luaran,
keganasan ini juga disasarkan kepada rakyat, muka bumi, pemerintah serta
nilai-nilai teras Malaysia.
Kelompok tali
barut ini disyaki menerima dana asing melalui organisasi topeng, khususnya
pengangkara Bersih. Niatnya bukan perjuangkan demokrasi. Tujuan tersiratnya
mahu cetuskan anarki.
Topeng-topeng
ini menyasarkan matlamatnya kepada rakyat, muka bumi dan pemerintah Malaysia
supaya boleh dipajakkan secara politik kepada pihak pemberi dana”.
II.
Di atas adalah
cebisan petikan pandangan seorang mantan ahli parlimen pemerintah sedia ada. Orang politik Parit Sulong, Johor. Ini adalah pandangan seorang ahli politik
yang dekat dengan pemerintah sedia ada dan pandangannya ini dilaporkan pula oleh
akhbar yang katanya sentiasa saja berbicara dan mempertahankan pemerintah sedia
ada. Ertinya ahli politik dan juga
akhbarnya sudahpun bersikap: Mereka
menyebelahi pemerintah sedia ada.
Sebagai bahan
untuk renungan bersama, mari kita perhatikan hujah-hujahnya. Jika tidak salah baca, premis penghujahan penulis
di atas ialah seperti berikut:
i) Pakatan
pembangkang mengaktifkan pertukaran kerajaan atau regime change.
ii) Pertukaran
kerajaan atau regime change
dipelopori kerana orang besarnya ghairah merampas takhta di Putrjaya.
iii) Regime
change ini dilandasi oleh budaya ganas.
iv) Budaya
ganas lazimnya didalangi anasir luar yang ditujukan kepada rakyat negara ini.
v) Kelompok
talibarut ini disyaki menerima dana asing melalui organisasi topeng, khususnya
angkara Bersih.
vi) Niatnya
bukan memperjuangkan demokrasi.
vii) Tujuan
tersiratnya mahu cetuskan anarki.
viii) Topeng-topeng ini menyasarkan kepada rakyat
dan pemerintah supaya Negara ini dipajakkan secara politik kepada pemberi dana
asing.
III.
Bahan di atas mampu
mengundang pelbagai respons. Kemungkinan
besar peminat tegar Utusan Malaysia ― tanpa banyak ‘songeh’nya akan akur dengan
hujah-hujah seperti di atas. Bagaimana
jika kita bawa pemerhatian mantan ahli parlimen ini ke tempat-tempat yang sedikit
berbeza. Bayangkan jika kita membawa hujah-hujah
ini ke kelas-kelas pengetahuan am (tingkatan enam) ke kelas-kelas tutorial kursus
pengajian Malaysia IPT atau pun kita usrahkan di lepau-lepau surau di pelbagai
pelosok kampung, atau pun kita bentangkannya dalam kursus-kursus anjuran BTN. Kita rekod dan bukukan segala reaksinya. Kita, termasuk orang yang sedang berkuasa
dan alat-alatnya, akan berlapang dada dengan hasil percubaan itu.
Apakah untung@manfaatnya
perbuatan yang sedemikian? Setidak-tidaknya
kita dapat melihat dengan lebih jelas apakah pola hujah tahun-tahun 60an ini masih
lagi laku diperdagangkan. Di samping
itu, kita mungkin dapat ketahui dengan lebih jelas lagi, apakah rakyat Malaysia (misalnya, para pelajar
tingkatan enam, peserta kursus BTN, pengunjung setia surau, para mahasiswa di
IPT) masih berfikir dan berhujah ala zaman tahun-tahun 60an ― zaman kata-kata
orang yang berkuasa dan akhbar yang ada dalam pasaran itu, tidak ada yang tidak
benar kecuali benar belaka? Ertinya kita
dapat ketahui dengan jelas apakah orang yang berkuasa dan salah satu alatnya, iaitu
media cetak itu sentiasa diterima baik oleh khalayaknya. Dan percayalah, maklumat ini penting kepada orang-orang
yang gemar berputar belit untuk mengekalkan pengaruhnya. Bukankah begitu?
No comments:
Post a Comment