Monday, October 1, 2012

Sejarah diri dan sejarah silam



Petikan: "Blog Mohd Isa bin Abd Razak, mantan pendidik, bermula Januari 2009, bertumpu pada bidang bahasa Melayu dan pendidikan. Pancarkan akhlak mulia dalam penulisan kita".

Turun Ke Gelanggang
Oleh Mohd Isa Abd Razak

Saya menjejakkan kaki di Kota Kinabalu bersama-sama lima orang rakan pada hari Ahad, 26 September 1971. Kami bekas pelatih Institut Kemahiran MARA, Alor Setar. Kami dihantar oleh
pengurusan institut ke Sabah untuk bertugas sebagai tukang berkemahiran. Pada masa itu usia saya sembilan belas tahun empat bulan.

II.

Bayangkan manfaatnya jika setiap diri merekodkan pengalaman masing-masing. Sebagai contoh, katanya DID Manual itu (Department of Irrigation and Drainage) bermula dengan pelbagai surat, nota, perbincangan oleh para jurutera Inggeris/Scottish yang bertugas dengan Jabatan Parit dan Taliair ketika itu. Antara lain mereka membincangkan cara dan kaedah kejuruteraan dan bukan kejuruteraan agar bekalan beras mencukupi. (Ketika itu rakyat Malaya kian meningkat kerana kehadiran buruh-buruh lombong dan estet getah. Orang-orang Melayu dibenam di sektor padi walaupun harga getah tinggi dan orang-orang Melayu sebenarnya lebih berminat menanam getah. Siapakah yang belajar dari petunjuk sejarah seperti ini? Atau kita sebenarnya tak pernah dijajah?)

III.

Tahniah Cikgu Mohd Isa kerana merekodkan suka duka tuan untuk renungan anak-anak cucu kita kelak.



No comments: