Tuesday, October 16, 2012

Janganlah terpedaya



Jangan TERPEDAYA, perhebat gerakan pendaftaran pengundi baru.


‘Si Tanggang’, ‘Ketuanan Melayu’, ‘Anti-Islam’, ‘Kuda Tunggangan DAP’ dan pelbagai terminologi lain yang kerap dibawa dan diulang-ulangi dalam gelanggang politik tanah air kita,  tak lagi lut apabila ramai rakyat Malaysia lebih rajin berfikir.  Rakyat Malaysia yang lebih rajin berfikir pasti bertanya tentang hal-hal yang lebih tepat dengan realiti yang mereka hadapi.  Ertinya mereka TIDAK TERPEDAYA dengan menghabiskan tenaga dan masa berhujah, bertengkar  tentang hal-hal yang direkabentuk khusus dan semata-mata bertujuan untuk memanaskan emosi.

Kita berpendapat soalan yang memerlukan tumpuan dan tindakan segera oleh rakyat Malaysia ialah:

Apakah rakyat Malaysia yakin bahawa mereka TIDAK ditipu dalam PRU13 nanti?

Bagaimana dan apakah tindakan rakyat Malaysia untuk menghalang segala warga negara mi-segera itu mengundi dalam PRU13 nanti?

Untuk perubahan, persoalan-persoalan lain hanyalah bertujuan untuk membuang masa dan menguraskan tenaga yang berharga itu.


2.

Konsert Bersih di Stadium Kelana Jaya pada 13 Oktober 2012 baru-baru ini telah melakukan sesuatu yang kita kira tepat   mereka bertanya dan mempersilakan para hadirin yang layak tetapi belum lagi berdaftar sebagai pengundi untuk berbuat demikian di pondok yang disediakan.  Dalam konteks usaha untuk merubah lanskap politik negara, Konsert Bersih telahpun bertindak.  Ertinya di sana kata-kata telahpun diterjemahkan.  Kata-kata tidak lagi tidur di sebalik laungan dan seruan yang gah.

Alangkah baiknya jika setiap kesempatan pertemuan dengan segenap rakyat Malaysia dimanfaatkan sepenuhnya.  Demi perubahan yang diidam-idamkan itu segenap lapisan rakyat Malaysia perlulah disedarkan bahawa peluang mereka untuk membuat perubahan semakin cerah jika mereka juga turut membantu: SELURUH RAKYAT MALAYASIA YANG LAYAK MESTILAH MENGUNDI.  Dan untuk mengundi mereka mestilah terlebih dahulu berdaftar sebagai pengundi. 

Apakah kita mau contohi tindakan Konsert Bersih 13/10/12 tempoh hari?  Gerakan dan kerja-kerja pendaftaran pengundi baru di mana saja dan bila saja ada kesempatannya diperhebatkan.




No comments: