Wednesday, October 17, 2012

DNA Umno



DNA Umno: Mahathirisme


“Bajet Najib Tanpa Masa Depan, dakwa Chin Tong”
Oleh: Lim Hong Siang
dalam Harakah cetak bilangan 1784, 29 Zulkaedah 1433/15 Oktober 2012


Di halaman F22, kita petik “ Lebih-lebih lagi pentadbiran Najib menyaksikan pemusatan kuasa paling ketara dalam sejarah dengan 64 unit di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), pertambahan 28% berbanding 50 unit ketika zaman Abdullah Ahmad Badawi.  Unit di bawah JPM ini telah mengambil sebahagian besar peranan kementerian yang lain dalam Kabinet, sehingga kurang penting sebagaimana dahulu, misalnya Kementerian Pengangkutan.  Malah, Najib selaku PM, Menteri Kewangan dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dibantu PEMANDU dan isterinya Rosmah Mansor.

Ironinya, Najib sepatutnya menyahut cabaran Anwar untuk berdebat, tetapi memilih untuk “melarikan diri daripada politik”.  Ini kerana dasarnya gagal menandingi dasar Pakatan Rakyat, jelas Ooi Heng.

Beliau menyifatkan bahawa bajet adalah cermin kepada dasar, dan bajet yang dibentangkan oleh oleh Najib, sebenarnya adalah Mahathirisme yang bertopengkan Najibnomics.  Ooi Heng berkata, Mahathirsime telah menjadi sebahagian daripada DNA Umno, dan ramai di kalangan Umno yang bergantung kepada Mahathirisme untuk bernafas.  Ciri-ciri keistimewaan Mahathirsime adalah pengagihan projek mega kepada kroni, sementara rakyat jelata diberikan  gula-gula yang kecil.

Mahathirsime tidak sama dengan Mahathir.  Mahathirsime tidak luntur atau lenyap apabila Mahathir semakin tua, atau meninggalkan kita,” tegas Ooi Heng, yang menanggap Mahathirisme terus menyelubungi Umno.

Cara terbaik untuk menghapuskan Mahathirsime adalah menempatkan Najib di Pejabat Ketua Pembangkang di tingkat 14 Parlimen, cadang Ooi Heng.”


        

No comments: