Thursday, October 18, 2012

Penulis perakam yang setia



Petikan perenggan terakhir cerpen Usman Awang, “ Sa-Telah 1948” dalam antologi, “ Mekar dan Segar” di-pileh dan di-bicharakan oleh Asraf, Oxford University Press, 1959. (Nota: e ‘tanda’ tidak dieja)


Sa-telah bagitu lama menunggu kabar  tentang suami-nya, maka pada suatu hari Ka’ Bedah menerima sa-puchok surat.  Surat dari suami-nya, Abang Dolah.

‘...Abang di-tangkap kerana Undang2 Darurat...’ demikian antara isi surat Bang Dolah di-bacha oleh Ka’ Bedah dengan ayer mata yang berchuchoran dan titek2 menimpa muka anaknya yang waktu itu sedang di-riba-nya.

‘Kerana Undang2 Darurat...’ keloh-nya perlahan.  Dan bersama kelohan itu terjatoh-lah pandangan-nya ka-muka anak-nya!  Dan ka-masa depan yang gelap dan seram!


2.

Demikianlah sasterawan besar seperti Usman Awang merakamkan Undang-Undang yang zalim itu ― Undang-Undang Darurat.   Dan apabila kita semua sudah tiada lagi di dunia fana ini akan ada pula anak-anak cucu kita membaca dan membicarakan semula karya-karya tentang ISA dan juga segala mangsa Akta zalim yang ‘sebangsa’ dengannya. 

Tapi...apakah yang bakal dibaca nanti jika kita (baca: kita, para penulis zaman ini) hanya betah dan terdaya menjadi  pengampu saja?



No comments: