Friday, October 19, 2012

Penjual agama



Penjual agama Timbuktu, Afrika.


“Tugasku mengarang ― mengarang khutbah".
“Tugasku pula memastikan azan dilaungkan setiap kali masuknya waktu untuk bersolat”.

Maka setiap kali masuknya waktu untuk bersolat, si muazin itu pun memasang kaset laungan azan. 

Si tukang karang khutbah, sang pengarang khutbah pula telah mengarang tentang peri buruk dan hodohnya konsert yang tidak Islami.  Karya agungnya paling mutakhir ialah Jumaat sebelum mereka musuh-musuh bosnya berhimpun dan berkonsert menuntut pilihan raya yang Bersih.


2.

Anak-anak mereka anak-anaknya sang pengarang dan si muazin tanpa segan dan silu lantas  menuduh bahawa para bapa mereka sudah terang-terangan memakan rezeki yang tidak halal@rezeki HARAM.

“Kenapa??? Kenapa”  mereka menjerit, meraung-raung sambil membelalakkan batang-batang leher.

“Bapa berdua adalah penjual agama tulen!”



No comments: