2013 JADIKAN TAHUN RAKYAT
Kenyataan Media MAPIM
30 hb Disember 2012
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menyeru agar tahun 2013 dijadikan tahun Rakyat. Ini penting kerana bukan sahaja tahun ini rakyat akan melalui pilihanraya umum ke 13, malah ia juga adalah detik perubahan untuk rakyat mengembalikan fikrah politik dan pembangunan negara yang lebih baik.
Sementara kami melihat negara telah mendewasa menjadi negara merdeka dan mengalami pelbagai pergolakan sosio-ekonomi dan politik, akan tetapi ia sangat memerlukan anjakan lebih besar, yang benar dan tepat untuk membina negera ini sebagai negara yang mempunyai ciri-ciri negara bertamadun mulia dan unggul dalam semua bidang.
Arah tuju negara semenjak permulaan abad ke 21 memperlihatkan rakyat masih berada dalam kepompong feudalisme yang mengekang pemikiran dinamik, merdeka dan matang.
Malangnya media arus perdana menjadi pembentuk cara berfikir rakyat yang sangat terkongkong. Lebih parah lagi media yang mengguna Wang rakyat diguna untuk merosakkan pemikiran rakyat.
Salah satu pemikiran negatif yang sedemikian lama dipupuk oleh media arusperdana ialah sikap hidup bergantung.
Cara hidup bergantung yang sengaja dipupuk selama ini oleh kerajaan yang memerintah merosakkan gaya hidup rakyat untuk tidak berfikiran kritikal apabila menilai prestasi kerajaan.
Jelas jika rakyat terus berfikir terbelenggu dalam pemikiran bahawa kerajaan adalah penentu segalanya, maka ciri rakyat yang matang tidak akan dapat direalisasikan.
Rakyat harus berani keluar dari faham kewarganegaraan yang bergantung semuanya kepada kerajaan dan membiarkan kerajaan memaksakan rakyat patuh hanya kerana kerajaan menabur bantuan untuk mengikat kesetiaan rakyat.
Sememangnya kemerdekaan yang diperolehi melalui perundingan dengan British tidak membentuk rakyat sebagai warga yang kritikal setelah sistem pentadbiran penjajah diteruskan oleh pemerintah. Sepatutnya perjuangan kemerdekaan hendaklah membentuk pemikiran rakyat menjadi lebih berdikari dan tidak bergantung kepada kerajaan semuanya.
Sudah sampai masanya rakyat belajar memahami bahawa kerajaan adalah pengurus dan rakyat berhak menilai semula semada kuasa yang selama ini diamanahkan kepada kerajaan, boleh ditarik balik jika kuasa yang diwakilkan kepada kerajaan disalahguna dan kerajaan yang memerintah menjadi kerajaan pecundang.
Kami menyeru agar rakyat tidak melepas peluang untuk menjadikan tahun 2013 sebagai tahun yang akan membawa lembaran baru dalam politik Negara.
Rakyat patut menegaskan azam yang kuat untuk membasmi segala penyelewengan yang telah sarat menjadi amalan dalam uruskelola pemerintahan. Tidak dapat dinafikan bahawa rekod jenayah rasuah Negara maseh tinggi dan tidak dapat dipulih walaupun SPRM tetap mengatakan gejala rasuah terkawal.
Demikian juga rakyat menyaksikan betapa arahtuju pembangunan Negara bermodelkan salah urus sumber Negara yang sangat tidak mapan maseh diteruskan. Keghairahan untuk mengeksploitasi sumber alam bertahun-tahun lamanya telah meletakkan Negara di ambang krisis alam sekitar yang parah. Dasar, peraturan dan kawalselia pembangunan telah dirosakkan oleh salahguna kuasa akibat campur tangan orang politik yang hanya mahu meraih keuntungan.
Rakyat juga perlu sedar bahawa kepimpinan yang bersih dan bertanggungjawab serta kuat berpegang kepada prinsip agama sangat diperlukan untuk menerajui pemerintahan Negara. Jika tahun 2013 maseh melanjutkan kerajaan yang sarat dengan pemimpin yang menyalahguna kuasa, kuasa diguna untuk berlindung dari menghadapi pendakwaan, akan meletakkan Negara pada posisi yang pincang, tidak dihormati di kacamata dunia.
Rakyat harus mengambil iktibar betapa rakyat mempunyai kuasa untuk menyanggah dan menukar regim yang rasuah dan menyalahguna kuasa untuk membolot kekayaan Negara di Asia Barat pada 2 tahun kebelakangan ini. Regim yang dijatuhkan telah berkuasa lebih dari 30 tahun akhirnya tersungkur kerana rakyat tahu hak dan tanggungjawab mereka menentukan masa depan Negara.
Jika tahun 2013 tidak menjadi tahun rakyat melonjakkan kuasanya untuk memperbetulkan kepincangan dalam Negara ini, masa depan Negara akan malap.
MAPIM menegaskan sistem demokrasi bukan sempurna. Namun dengan ruang yang ada untuk rakyat menterjemahkan sikap menolak kerajaan yang mengkhianati rakyat dalam pilihanraya yang mendatang, maka rakyat tidak harus mengenepikan peluang ini untuk menunaikan tanggungjawabnya memperbetulkan keadaan.

Mohd Azmi abdul Hamid
Setiausaha Agong MAPIM
No comments:
Post a Comment