Monday, December 31, 2012

Bersih, gadis terayu kelas kami



Entri terakhirku untuk tahun 2012.


Namaku ISA bin Najib.  Tak kenal?  Mungkin tuan lebih mengenali atukku.  Atukku memang terkenal.  Siapa yang tak kenal Satu Malaysia?  Oleh itu jika dibaca mengikut keturunan sehingga ke generasi ketiga, aku dikenali sebagai ISA bin Najb bin Satu Malaysia.  Untuk pengetahuan anda, aku seorang pelajar lelaki kelas terbaik sekolah kami, Kelas Peristiwa.  Sesungguhnya aku bernasib baik (makanya bersyukur) kerana menjadi salah seorang pelajar kelas terbaik di sekolah kami, Sekolah Peristiwa. 

Sebagai pelajar lelaki dari kelas yang terbaik, aku tergolong di dalam kelompok minoriti.  (Ya, kata orang-orang tua kampung kami, sekarang ini di kebanyakan sekolah agak sukar menemui pelajar lelaki yang hebat-hebat kecuali untuk hal-hal yang tidak begitu positif.  Apakah ini penilaian yang adil?)   Ertinya aku seorang pelajar lelaki dari kelompok minoroti yang tidak begitu hensem dan tidak begitu tinggi tahap kecerdasannya adalah di antara jejaka-jejaka di dalam kelas terbaik sekolah kami. Namun sebagai pelajar lelaki normal yang sedang tumbuhbesar dan semakin dewasa, diam-diam tak ketinggalan aku juga menaruh hati terhadap gadis paling ayu dalam kelas kami, semacam primadona kelas Bersih.    

Semalam, 30 Disember 2012 Cikgu kelas kami, itu perawan yang sudahpun tumbuhbesar, seorang perawan yang  cantik mulus lagi cun Cik Malaysiakini (khabarnya guru kelas kami ini sekian lama digilai, dicemburui dan separuh mati dikejar-kejar oleh lelaki paling poyo dalam bandar kami Meloya! Ha...ha...betapalah lawaknya!) memasuki ke kelas membawa kad laporan prestasi kami.     

Tanpa banyak songeh, keputusan pun dibacanya.  Tatkala Cikgu Malaysiakini membaca keputusan itu, seluruh kelas sunyi dan sepi:

1. Bersih 3.0, 2. Skandal National Feedlot Corporation, 3. Lynas dan sisa radioaktif - 4. Deepak Jaikishan dan P Balasubramaniam, 5. Suaram dan kempen Scorpene 6. Kebangkitan gerakan alam sekitar 7. Amangate dan 'sumbangan' RM40 juta8. PTPTN dan Duduki Dataran 9. Sistem Penguatkuasaan Automatik 10. Statistik jenayah Yang gagal terpilih menduduki tangga 10 teratas 11. Keputusan Liwat II 12. Keganasan di ceramah 13. Polis lwn Polis14. Talam, BN dapat tanah murah, ladang udang 15. Felda dan penyenaraian FGV 16. Kontroversi Kemerdekaan ke-55 17. LGBT dan baju-T berleher V - 18. Pembaharuan ISA, AUKU, PPPA


2.

Aku tidak begitu terkejut dengan pengumuman Cikgu Malaysiakini kami itu.  Sudah kuduga sejak awal-awal lagi, Bersih terbaik, terayu.  Sekarang ada yang perlu kubimbangi.  Sekarang ini yang paling membimbangkan ialah mencari kaedah terbaik untuk menjelaskan kepada bapa tiriku Kutty Kenapakah aku TIDAK teratas di dalam Kelas Peristiwa tahun ini?



No comments: