Nilai budaya di
Negeri Monyet
(Kenapa para
pentadbir mesti disekolahkan tentang budaya)
Berapa
besarkah bayaran yang diperolehi seorang profesional tatkala menjalankan tugasnya? Misalnya, berapa besarkah bayaran yang dikenakan oleh seorang
surgeon@pakar bedah pabila dia membuka dada pesakitnya untuk membetulkan
jantung yang tersumbat?
Berapakah pula
yuran@fee yang dikenakan oleh juruperunding
kejuruteraan empangan apabila dia merekabentuk alur limpah untuk empangan yang sedang
direkabentuknya?
Berapakah upah
yang diperolehi arkitek yang menyediakan pelan rumah banglo Si Mamat, itu ketua@
CEO sebuah GLC?
Berapakah upah
yang diberikan kepada mencipta jinggle iklan Hari Raya syarikat minyak negara?
Berapa besarkah
ongkosnya buat mengupah seorang penyair tersohor yang sangat terkenal dengan ketajaman diksinya, pabila dia diminta membuat
kata-kata puja dan puja seorang tokoh politik?
2.
Untuk mengorek
longkang tersumbat ― longkang
yang menyebabkan seluruh taman perumahan sering dilanda banjir, seorang pemborong piliahn pun diarah membuat matematiknya
korek paritnya. Matematik upahnya mengorek
parit tanah itu, mungkin saja begini:
Sewa cari
makan@back-hoe RM 500/= sehari
Gaji pemandu
cari makan RM 200/= sehari.
Jumlah hari
yang diperlukan untuk mengorek parit tanah = 2 hari.
Kos mesin dan
pemandu = RM 700/= sehari.
Kos sewa mesin
dan pemandu mengorek parit = RM 700 x 2 = RM 1,400/=
Upah dan belanja
hangus yang lain = 100% = RM 1,400/=
Kos membina parit
tanah sepanjang setengah kilometer = RM 2,800/=
Untung untuk
zaman inflasi ialah kira-kira 50% = RM 0.5 x RM 2,800/= RM 1,400/=
Kos
keseluruhan mengorek sebatang parit
tanah yang tersumbat = RM 4,200/=
(Semua
parameter di atas bolehlah diolah semula mengikut tempat, kadar sewa dan upah
pekerja dan siapa pegawai penjaganya. Pemborong kelas ‘F’ arif dengan kerja-kerja
begini)
3.
Seorang
penyair besar diminta menulis sebuah sajak yang boleh menyeramkan bulu roma
para pendengarnya. Ertinya dia ditempah
untuk menulis sebuah sajak seram. Berapakah
kos yang diperlukan untuk sang penyair besar ini mencari back-hoe, pemandu
mesin, memberikan sagu hati kepada siapa saja yang mahu mendengar sajaknya? Ertinya berapakah kosnya mengorek sebuah
sajak dari dalam kepala otaknya seorang penyair besar?
Demikianlah keparatnya
wajah budaya di Negeri Monyet. Lebih bagus belajar memandu back-hoe daripada
belajar bahasa dan menjadi ahli bahasa!
No comments:
Post a Comment