Tuesday, December 4, 2012

Bumbu-bumbu pemerintahan kita



Bisik-jerkah setan-Anugerah
(bumbu-bumbu pemerintahan@governance)


Kerajaan takut kepada Parti kerana agen-agen Parti boleh saja berbisik-bisik ke telinga PieM.  Dalam ruang yang terbuka luas, maka orang dan agen pun selalu berbisik-bisik.   Makanya dalam kamar-kamar yang terbuka dan juga kamar-kamar yang ditutup rapat,  ramai berkunjung untuk membisikkan sesuatu.  Mereka berbisik kerana bisikannya dialu-alukan, dipercayai dan ditakuti.  Oleh itu ramai yang kerja sepenuh masanya ialah berbisik-bisik, semacam pembisik profesional.  Mereka digaji untuk pelbagai bisikan lembut bersopan ke telinga.  Ramai yang boleh berbisik-bisik dan membisikkan ayat-ayat ‘keren’  ke telinga PieM.  Mantan PxxiMak tidak takut kerana dianya tahu bahagian-bahagian Parti masih menjulangnya sebagai Anugerah alam yang terbaik untuk orang-orang Melayu.  Mantan PuMak, kerana terlalu yakin dan percaya, bahawa dianya adalah Anugerah alam kepada orang-orang Melayu, sentiasa saja jerkah-jerkah  dan bisik-bisik di mana-mana saja.

Kerajaan yang takut kepada bisikan dan terkencing-kencing apabila berdepan dengan segala macam jerkah Anugerah,  meminta maaf kerana katanya telah alpa dan membuat pelbagai kesalahan.   Sementara Anugerah yang mengakui dirinya setan dikenali, tetap mengawal segala pelosok pentas persembahan dan lakonan kerana didorong oleh SATU matlamat besar.   Dianya ngeri kepada perubahan.  Oleh itu tugasnya sebelum mati ialah mencegah sebarang PERUBAHAN.   


2.

Semakin ramai Melayu memahami hakikat ini, maka semakin baiklah masa depan negara kita.  Dan setelah orang-orang Melayu MENGUBAHnya, itulah saatnya orang-orang Melayu sebagai satu bangsa telah memecahkan pelbagai tembok psikologi, emosi untuk bebas dan merdeka.  Itulah saatnya orang-orang Melayu merebut semula harga dirinya yang sekian lama telah dipersenda-sendakan oleh anak didik penjajah itu.  Bahawa kita sebagai satu bangsa, telah benar-benar berubah dan tidak sekali-kali takut kepada perubahan adalah saat-saat yang kita perjuangkan.    

Kenapa?  Dalam kehidupan ini, kita tak perlukan sebarang setan baik yang dikenali maupun Setan asing@Setan stranger.  Kita perlu kembalikan harga diri itu.




No comments: