Khazanah zaman
silam
Waktu itu
masih lagi ‘Kassim Ahmad’, iaitu setahun sebelum saya menduduki peperiksaan Lower
Certificate in Education (LCE). Nama diangkatsumpahkan
menjadi dan berbinkan ‘Muhamad’. Sebabnya?
Nama arwah ayah ialah Muhamad.
Yang ingin
diceritakan bukan soal nama tapi tentang hadiah buku yang sekolah berikan
ketika itu, ‘The Complete Letter-Writer For Gentlemen’ Ward, Lock & Co.,
Ltd, 1961. Inilah salah satu khazanah
yang masih saya usung ke mana saja.
Sayang, yang lain-lain bertaburan di merata tempat. Demikianlah pengorbanan penjawat awam yang
sentiasa dipindah-randahkan ke merata-rata tempat.
Sesiapa yang
sedang linglung kemabukan cinta dan ingin sekali melamar sang kekasihnya dalam
bahasa orang putih, templat ini mungkin boleh digunakan, dengan sedikit ‘pesan’. Percayalah, yang
paling menusuk itu datangnya dari lubuk nurani.
Di lubuk nurani itulah bertakhtanya rasa cinta itu. Oleh itu tulislah dalam bahasa yang paling
dekat dengan diri kita, bahasa ibunda ― kecualilah tuan berhujah bahawa bahasa Inggeris itulah bahasa ibundaku. Hujahmu lagi, aku sentiasa dan hanya bermimpi
dalam bahasa Inggeris.
2.
Ini contoh
suratnya:
No. 59 ― A proposal of marriage
99 LANCASTER COURT, W.2
Date in full
“Dearest
Eleanor,
What I have to
say in this letter may come as a surprise to you. Perhaps, though it may not. Such a sweet person as yourself must have had
some inkling, before I came away, of the way my feelings were working. Indeed, it seemed to me that that you held
out hope and encouragement.
Since we have
been separated, my dear, it has been absolutely crystal clear to me that you are the one woman in the world
for me. To go through life at your side,
to have the right to look after you, this seems to me to offer the only
happiness that life holds. Can I hope
that you feel the same? Will you agree
to be my wife?
I would not
trust this important question to a mere letter, if I saw ....”
3.
Siapakah guruku
yang telah menghadiahkan buku ini?
Alangkah nikmatnya membaca semula khazanah lama. Jika tuan memikirkan tentang hadiah, fikirlah
tentang buku.
No comments:
Post a Comment