Palanivel: Return Indians as BN's fixed
deposit
Bernama 7:21
PM Dec 9, 2012
"Up till 2004,
our vote was a fixed deposit. But we
lost our fixed deposit in 2008. We now assure that the fixed deposit is backing
the prime minister.
"Today, the community realises that only the BN government and the prime minister are capable of shaping their future.”
"Today, the community realises that only the BN government and the prime minister are capable of shaping their future.”
2.
Dalam berita “Palanivel: Return Indians as BN's fixed
deposit’, kita temui idea-idea popular Sang Penguasa tentang
‘perbankan’ dan kesetiaan-tidak-pernah-berbelah-bagi yang jika dituruti kehendaknya,
mestilah kekal selama-lamanya.
Jika diteliti mesej di atas ini dengan
lebih mendalam, terdapat maksud-maksud
seperti berikut:
Masyarakat India itu komoditi milik Sang
Penguasa dan oleh kerana itu nasib dan masa depan mereka boleh dipertaruhkan kepada
bank dan ― pabila tiba saatnya nanti, pemilik komoditi ini enak sekali menagih
dan membaham bunganya. Dalam bahasa
lain, ia cuba mempamerkan kepada rakyat Malaysia bahawa sesungguhnya masyarakat
India, milik Umno/BN itu sentiasa saja menjadi modal kekal untuk dipertaruhkan
dalam proses perebutan meraup kuasa.
Kedua, ia juga membawa maksud bahawa
kaum India itu kaum yang rela menggadaikan nasib dan masa depannya kepada si
pemegang kuasa. Ertinya Sang Penguasa
dapat lakukan apa saja, namun kesetiaan
masyarakat India tetap tidak akan berganjak.
Kesetiaan itu kukuh dalam genggaman Sang Penguasa.
Selanjutnya ia menggambarkan andaian
bahawa sekiranya calon yang diletakkan di sesuatu kawasan pilihan raya itu
calon MIC, maka kaum-kaum lain, Melayu dan Cina secara automatik@gerenti akan
memberikan undi mereka kepada calon MIC ini.
Rasionalnya cukup mudah. Kecuali tahun 2008, kaum India@MIC telahpun
membuktikan kesetiaan mereka yang tidak berbelah bagi kepada Sang Penguasa. Oleh kerana itu tidak ada sebab yang munasabah
kenapa orang-orang Melayu dan Cina mesti berbelah bagi untuk memberikan
sokongan mereka kepada calon-calon MIC.
Pemikiran seperti ini timbul kerana dalam kepala orang-orang politik
seperti ini, sekiranya rumus yang
digunakan itu jitu, Rakyat Kecil dari keturunan atau kelompok apa sekali pun,
dapat dimasukkan ke dalam kotak-kotak yang difikirkan sesuai, untuk diperdagangkan.
3.
Demikianlah nasib Rakyat Kecil di mata
politik orang-orang serakah. Dalam mata
kepala orang-orang politik, rakyat kecil itu boleh saja dikotak-kotakkan
mengikut keperluan, dan jika perlu
didagangkan untuk mengaut laba yang sebanyak mungkin.
Ringkas kata dalam kitab politik,
Rakyat Kecil adalah komoditi untuk dijual-beli.
Maka kepada semua Rakyat Kecil ini kita
sering berseru:
Kita sering menyeru Rakyat Kecil ― Kembalikanlah
harga dirimu itu kerana ia telah lama diambil mudah oleh Sang Penguasa. Rakyat Kecil mestilah memberikan mesej yang
jelas bahawa mereka tidak boleh diperlakukan sesuka hati oleh orang-orang yang
berdagang Rakyat Kecil untuk mendapatkan kuasa.
Dan orang-orang yang mimpikan kuasa, perlu belajar menghormati Rakyat Kecil.
Sampaikan mesej yang terang lagi jelas
bahawa Rakyat Kecil punya harga diri dan mereka bukanlah komoditi untuk
didagangkan, jauh sekali peminta sedekah yang sentiasa menadah tangan, memohon
belas ehsan pedagang kuasa.
No comments:
Post a Comment