Tahun
penjimatan@pengiritan nasional
Pemerintah Negara
Bijak Bestari memulakan Kempen Tahun Belanja Berhemah. Salah satu pendekatan menyeluruh langkah
tersebut ialah ‘mengurangkan peruntukan
pembangunan sebanyak separuh’.
Di akhir tahun,
semasa lawatan kerja ‘untuk memeriksa
hasil segala projek’, seluruh kabinet terkejut besar.
Menteri
Perdana yang mengetuai delegasi lawatan tapak itu, berang yang amat sangat
lantas menjerkah Menteri Pertaniannya, “ Kenapakah empangan, jambatan dan jamban-jambanmu
semuanya separuh siap?”
“Saya cuma patuhi
semangat Kempen ― kita
bina separuh dulu.”
No comments:
Post a Comment