Subject: JEMPUTAN KE MAJLIS "SIDANG GEMPAR UMNO HARAM"
OLEH CHEGU BARD DI HOTEL ADAMSON KG BARU KL
TARMIZI MOHD JAM
Presiden Blogger
Revolusi 13
Koordinator
"Sidang Gempar Umno Haram"
21 Mac 2013
JEMPUTAN KE MAJLIS
"SIDANG GEMPAR UMNO HARAM" OLEH CHEGU BARD
Assalam'mualaikum
& Salam Sejahtera,
1. Kepada semua
bloggers dan facebookers yang diRahmati Allah sekalian. Semoga sukses dalam
meneruskan perjuangan menumbangkan Umno-BN dalam PRU13 tidak lama lagi.
2. Saya bagi pihak
beberapa badan bukan kerajaan (NGO) menjemput dengan penuh takzim kalian semua
bloggers dan facebookers yang mendokong Pakatan Rakyat ke majlis "SIDANG
GEMPAR - UMNO HARAM - OLEH CHEGU BARD, PEGUAM DAN AKTIVIS UMNO".
3. Ia akan
diadakan pada hari Ahad 24 Mac 2013 mulai jam 9.30 pagi dan berakhir jam 12
tengahari bertempat di Hotel Adamson (dulu dikenali Hotel KL International), Kg
Baru bersebelahan PPZ Darul Zakah.
4. Sarapan pagi
dan makan tengahari disediakan di hotel berkenaan.
5. Ia bertujuan
untuk membongkar tindakan Umno tidak mendaftarkan parti berkenaan dalam
pelbagai peringkat cawangan dan bahagian di seluruh negara sebaik Umno (Baru)
diizinkan beroperasi oleh Pendaftar Pertubuhan tahun 1988.
6. Ini dibuktikan
dengan keputusan mahkamah baru-baru ini apabila mendapati Umno Bahagian Tanah
Merah serta 126 cawangan di dalamnya tidak didaftarkan dengan Pendaftaran
Pertubuhan.
7. Dalam carian di
banyak bahagian, rupa-rupanya Umno gagal mengikut peraturan yang ditetapkan
oleh Pendaftaran Pertubuhan sebaliknya mereka tidak mengendahkan surat
Pendaftaran Pertubuhan yang menuntut ditubuhkan cawangan, bahagian dalam tempoh
60 hari. Akibatnya, Umno yang diluluskan itu tidak boleh ditubuhkan atas nama
asal di lokasi berkenaan.
8. Taklimat Khas
akan disampaikan oleh Chegu Bard daripada SAMM dan dihadiri sama oleh beberapa
peguam terbabit dan aktivis Umno yang berjaya mengheret Umno Tanah Merah ke
mahkamah.
9. Besar harapan
kita semua agar isu ini dibongkar, diletup dan diterbitkan melalui blog dan
facebook sebagai pendekatan utama buat masa ini, kemudian disusuli dua petisyen
mahkamah akan diajukan kepada Pendaftaran Pertubuhan dan Umno oleh NGO dan para
peguam terbabit.
10. Tindakan lanjut
akan disusul sebaik isu ini dominan dalam pasaran berita dan Umno menjadi
kelam-kabut untuk menepis dan menyembunyikan realiti sebenar status parti
Melayu itu.
11. Oleh yang
demikian, saya dengan rendah diri menjemput kalian bloggers dan facebookers
Pakatan Rakyat hadir ke majlis ini untuk mengambil tanggungjawab bersama
menangani isu "UMNO HARAM" bagi membolehkan Pakatan meluncur laju ke
Putrajaya.
12. Sila berikan
jawapan HADIR atau TIDAK HADIR dengan reply emel jemputan ini atau SMS kepada
saya 019-2051419 dengan menyertakan nama dan diikuti HADIR atau TIDAK HADIR
sebelum jam 3 petang hari Sabtu 23 Mac 2013.
13. Segala
perhatian dan pertimbangan kalian untuk hadir, didahulukan lafaz jazakalLah
ukhairan kathsiro'. Selamat berjuang menumbangkan Umno-BN. Terima kasih.
Koordinator
"Sidang Gempar Umno Haram"
TARMIZI MOHD JAM
Tel: 019-2051419
Emel: islamikciti@gmail.com
No comments:
Post a Comment