Tuesday, April 30, 2013

INI KALILAH, KALI INILAH!!



Menunggu Ahad, 5 Mei 2013



Sebelum tibanya Ahad, 5 Mei 2013 sudah ada ‘orang-orang Melayu tulen’ dan/atau ‘orang-orang Melayu-Islam tulen’ yang memutuskan bahawa hanya Umno sajalah yang akan dipangkahnya pabila terbitnya mentari 5 Mei 2013 itu kelak.  Baginya hanya Umno itulah saja yang PERLU dominan dan menguasai seluruh sepak terajang politik Malaysia.  Semua parti komponen lain dalam BN  itu perlu dan sentiasa saja akur dan patuh dengan segala titah-perintah-kehendak Umno.  Dalam bahasa kelompok orang-orang Melayu-Islam tulen ini Umno mestilah dominan.   There is no any other away except to obey and obey Umno, you must.  Kata mereka yang menganut teori “Umno mesti dominan” ini,  pembolotan kuasa itu mestilah mutlak kerana katanya hanya kemutlakan ini saja pasti dapat menjamin kelangsungan hidup Melayu dan Islam.  Untuk menguatkan lagi ‘kewajaran’ hujah ini, dihujahnya bahawa orang-orang Cina ada Negeri Cina, tempat asal usul mereka untuk pulang sekiranya ada malapetaka yang menimpa orang-orang Cina Malaysia.  Demikian jugalah dengan nasib dan masa depan orang-orang India di negara ini.  Di alam jagat raya ini, terdapat sebuah benua tempat asal usul untuk orang-orang India Malaysia lari dan mencari perlindungan sekiranya kaum India,  rakyat Malaysia itu tak diperlukan lagi di negara ini.  Yang peliknya,  tak ada pula kelompok Melayu-Islam tulen ini yang berhujah bahawa para Kutty itu masih ada Kerala untuk mereka ‘balik ke kampung’   sekiranya Malaysia ini ditawan total oleh Cina-Cina DAP.  Demikianlah hujah, mantik dan logik orang-orang mempertahankan kemutlakan kuasa Umno ini.  Bagi orang-orang ini,  hidup dan matinya orang-orang Melayu itu (sekarang ini frasa ini dilengkapi sebagai Melayu-Islam) mestilah berteraskan Umno.  Saya selalu bertanyakan kawan-kawan,  apakah orang-orang Melayu-Islam tulen ini cukup yakin bahawa soalan pertama di dalam kubur kelak ialah:  Wahai Mohd Kutty Al-Kerala, apakah kamu ini Melayu-Islam?  Ya, untuk seseorang Malaysia yang meninggal dan bercita-cita pula untuk memasuk ke syurga Allah, ini adalah soalan yang wajib.  Dan barang siapa gagal memperakukan dirinya sebagai Melayu-Islam tulen-lagi-kental, dia pasti tak berbau syurga Allah.  Demikianlah besarnya menjadi Melayu-Islam yang tulen-lagi-kental dalam pemikiran kelompok “Melayu mesti dominan” ini.


Sebelum terbitnya mentari 5 Mei, 2013 ada juga orang-orang bukan Islam pelbagai keturunan yang membayangkan hudud PAS dan keghairahan para Mullah PAS siap dengan parang pemotong dagingnya untuk memotong tangan-tangan manusia.  Kata para penghujah yang yakin sekali bahawa agama itu milik peribadi dan oleh kerana itu tak boleh sama sekali menjadi dasar pemerintahan, mereka tetap berhujah bahawa nafsu PAS untuk memotong tangan sangat jelas.  Berhujahlah kepada mereka bagaimana sekali pun,  yang tetap tersembul dalam kepala otak ialah keghairahan imej dan citra memotong tangan.  Bagi mereka,  falsafah PAS ialah “hudud is a must or else we, the Mullahs will end up in Hell”.  Katakanlah bahawa hudud itu untuk orang-orang Islam saja, maka mereka berhujah “How come one country got two rules?”  Katakan kepada mereka bahawa tidak mudah untuk memotong tangan dengan sesuka hati, mereka pun bertanya, “Then why got hudud?”  Katalah lagi bahawa itu adalah sebahagian daripada rukun iman orang-orang Islam dan mereka tidak boleh menolak hukum Tuhannya, mereka pun berhujah, “This country is secular what?  Why force me Islamic laws?” 




Maka saya pun teringat teks-teks saya dan seorang teman:

+)  Seorang jogger Irene Ong mati ditikam perompak di Bukit Gasing PJ Sabtu lalu.  Anak perempuannya terselamat.  Bala apakah menimpa kita semua?

-)  Ya, What a terrible tragedy!  It happened around 4:30 pm with other joggers near the area. How not to change government now??!!! Btw, Zul said in an interview that he is sure to win Shah Alam and that BN will surely take over Selangor.  Any way we can help Khalid Samad to make this arrogant rat to lose big?

+) I am worried of the hantu voters.  They are importing.  Any idea?  What to do?

-) How to blog/fb using the hantu theme?  From now on,  we do what is possible to return the rakyat the government they want.

+) Actually the world is full of problems.  Under the capitalist system people become more materialistic.  Even China is struggling to handle the problem of corruption while obtaining fast economic growth.  Even the death penalty cannot deter men from corruption.  I hope Pas leaders will rise to take the lead to work with other religious bodies to bring in more spiritual values.

-) Religiously,  hudud is an Islamic approach.  Perhaps the stigma and that instilled-fear of losing one’s hand is worse than death.  I don’t know, just guessing...


Saya tak peduli apa kata dan apa yang difikirkan oleh puak-puak Melayu-Islam tulen ini atau puak-puak sekular yang takut kepada para Mullah Pas itu. 

Demi cucu cicit dan zuriat seluruh anak bangsa baik Melayu, Cina, Kutty, Nasrani dll saya mahukan para pemimpin yang baru.

Selamat Datang Kemerdekaan,  Selamat Datang Pakatan Rakyat!!


INI KALILAH, KALI INILAH!!    
Ya, KALI INILAH, INI KALILAH!!!





No comments: