Dinsman
Bangun pagi setiap hari
Bangun pagi
setiap hari melihat matahari terbit membawa cahaya
Bangun pagi
setiap hari melihat bangunan semakin tinggi mencekau langit
Bangun pagi
setiap hari melihat kenderaan semakin sesak di jalan-jalan
Bangun pagi setiap
hari melihat sungai-sungai semakin kotor dan busuk
Bangun pagi
setiap hari melihat kilang-kilang semakin besar asapnya
Bangun pagi
setiap hari melihat bukit-hutan ditebang dibakar diratakan
Bangun pagi
setiap hari menyedut udara semakin tercemar beracun
Bangun pagi setiap
hari membaca akhbar sarat fitnah pembohongan
Bangun pagi
setiap hari barang-barang semakin mahal harganya
Bangun pagi
setiap hari melihat harta warisan semakin dimusnahkan
Bangun pagi
setiap hari pencuri perogol semakin rakus biadap laknat
Bangun pagi
setiap hari perompak penyamun semakin ganas melanun
Bangun pagi
setiap hari institusi pendidikan dan kehakiman pun diperkosa
Bangun pagi
setiap hari melihat rakyat ramai semakin diperbodohkan
Bangun pagi
setiap hari melihat negara semakin rosak punah ranah
Bangun pagi
setiap hari melihat masyarakat semakin kehilangan akal
Bangun pagi
setiap hari kawan-kawanku apakah lagi yang kita tunggu!
Mahu tunggu
bangunan tinggi runtuh ke atas kepalamu?
Mahu tunggu
harga-harga terus mahal mencekik leher kita?
Mahu tunggu sawah
padi pula dijual seperti tanah Felda mereka jual?
Atau tunggu
tempat tidur kita pun dirampas para samseng lucah itu?
Atau lembu-lembu
di kondominium pun diberi IC untuk mengundi?
Mahu tunggu apa
lagi? PRU-13 sudah dekat sangat
Inilah masanya
rakyat sedar kuasa di tangan membuat penentuan
Mahu tunggu apa
lagi kawan-kawanku. Betulkan niat di hati
Kita bangkit
menyatakan yang benar yang hak di sisi Allah yang Esa
Jangan
tunggu-tunggu lagi. 50 tahun lebih Umno memegang kuasa
Masih menakut-nakutkan
kehilangan kuasa Melayu – Itulah bisikan
syaitan-syaitan
yang dikenali itu. Mahu lagikah kita?
Mahu tunggu
Umno-BN menipu lagi dan bolot semua kuasa?
Biarkan mereka
samun sapu semua milik kita sampai habis?
Mahu tunggu apa
lagi? Hendak bangkit bangkit sekarang
Sebelum mereka
menang lagi dan mereka pastikan kita takkan
boleh bangkit
lagi. Ha! Hendak bangkit bangkit sekarang
Jangan
tunggu-tunggu lagi. Esok PRU pastikan pilihanraya bersih
Pastikan tiada
hantu menghampiri tempat mengundi
Jangan biarkan
mereka menipu lagi. Sekaranglah masanya
Hendak bangkit
bangkit sekarang. Ini kalilah
Lain kali belum
tentu kita ada peluang begini lagi
Ya! hendak
bangkit bangkitlah sekarang!
Takbir!... Allah Maha Besar
Dibacakan kali pertama di Malam Santai Seniman
Rakyat di Flat Seri Angsana, USJ1, Subang Jaya,
3 April 2013, dan kemudian di Stadium Kajang, 5
April 2013; Bandar Tangkak (Johor) 28 April 2013.
No comments:
Post a Comment