Thursday, April 4, 2013

Pak Kadok Dunia Politik



Strategi Pak Kaduk
(Mendapatkan laba terbesar)


Dalam cerita jenaka Melayu kita temui watak seperti Pak Kaduk yang ‘bijak’ dalam membuat perhitungan.  Pak Kaduk (sama seperti Lebai Malang) sentiasa menghitung-hitung bagaimanakah caranya mendapat laba yang sebesar-besarnya.  Misalnya dalam menentukan kenduri yang mana satukah yang akan dihadirinya, iaitu sama ada di hilir atau pun di hulu, faktor yang menentukan pemilihannya ialah bilangan binatang yang akan disembelih, seekor kerbau dan dua ekor lembu.   
   
Sesungguhnya Pak Kaduk telah berazam dan memilih kenduri-yang-menumbangkan-dua-ekor lembu walaupun terpaksa menongkah arus. Akibatnya, dia berputih mata.  Oleh sebab ketamakannya untuk memperolehi laba terbanyak yang segera, Pak Kaduk telah membelakangkan pertimbangan yang waras.  Dia memilih menjadi tidak bertanggungjawab.


2.

Di zaman moden Pak-Pak Kaduk berkeliaran dan menjalar-jalar di seluruh muka dunia ini, termasuk dalam dunia politik kita.  Pak Kaduk dunia politik kita telah memberikan kad pengenalan segera demi untuk mengekalkan kuasa politiknya.  Belum pun Pak Kaduk yang tersohor ini fana@padam buat selama-lamanya,  kesan bencana yang bakal ditanggung oleh Kampung Besar bernama Malaysia sudahpun nyata kepada seluruh rakyat jelata.  Kita, seluruh rakyat Malaysia,  menanggung mudharat perbuatan yang maha jahat ini.

Oleh itu marilah kita humban Pak-Pak Kadok politik ini.  Ya, memang tepat dan betul - INI KALILAH!


Bagi yang ingin meneliti kisah dan pengajaran silam seperti ini, sila dapatkan senaskhah Karya Agung – Cerita Jenaka Melayu, Yayasan Karyawan, 2007 (ketua editor Hassan Ahmad).  Insyallah tak rugi jika kita menelaah cerita-cerita silam yang sarat pengajaran ini.



No comments: