Sunday, April 7, 2013

Cikgu Lee dan 'kerja-kerja' budaya di Kajang





Untuk ke sekian kalinya, Prof Shaharir Mohamad Zain menyeru agar perbuatan mencari-cari ‘hujah’ ayat Al-Quran untuk membuktikan 'kebenaran sains' itu diteliti dan difahami kesannya oleh seluruh umat Islam khususnya para penulis buku-buku popular seperti ini.  Semalam dalam siri Jelajah Budaya Ketujuh, JB7 di Daerah Hulu Langat, Prof Shaharir memperkatakan lagi teks "Bagaimana kini Al-Quran menjadi sumber ilmu" di Surau Jenaris, Kajang.  

Paksi, Seniman Paksi Rakyat telah hampir sampai ke penghujung program siri Jelajah Budayanya di Selangor.  Paksi ke Kajang atas sokongan dan mendapat dorongan kukuh lagi manis daripada Cikgu Lee Kim Sin, mantan ADUN Kajang.  Semalam beliau sempat menonton teater “Menunggu Kata Dari Tuhan” di Surau Jenaris, Kajang. Terima kasih kepada Sdr Alinor yang telah menjodohkan Paksi dengan Cikgu Lee.

Sesungguhnya Dialog Budaya di Pejabat mantan ADUN itu juga cukup menerujakan.  Sesi itu telah membuka pintu yang luas untuk budaya bernafas lega.  Alangkah beruntungnya masyarakat jika wujud lebih ramai Cikgu Lee dalam masyarakat kita.


2.

Namun ada yang masih lagi mengganggu fikiran:

Adakah sebab-sebab tertentu yang sangat istimewa sehingga menyebabkan ‘para bijaksanawan Islam’ sering mencari-cari ayat-ayat Al-Quran untuk mengabsahkan sesuatu teori sains?     
       
Tidakkah segala perbuatan ini menunjukkan sikap para bijaksanawan Islam itu terhadap sesuatu teori sains itu?  Sikap bahawa sesungguhnya teori sains itu ‘sentiasa’ lebih benar?

Apakah tidak janggal ‘kebijaksanaan’ ini?



No comments: