Monday, April 8, 2013

"Saya lebih baik..."



“Saya lebih baik daripada dia”


Telah saya teks kepada seorang rakan sebuah penyataan yang terngiang-ngiang dalam kepala: “Saya lebih baik daripadanya!”

Teman ini menjawab, “Siapakah ‘dia’?”

Ya, ‘dia’ boleh siapa saja.  Jika ‘dia’ itu maling,  maka maksudnya “Saya lebih ‘maling’ daripadanya!”


2.

Apa yang dapat kita pelajari dan simpulkan dari pernyataan "Saya lebih baik daripada dia"?  Mungkin aspek-aspek ini:


i) Proses yang diperkatakan ialah tentang perbandingan ‘saya’ jika dibandingkan dengan ‘dia’.

ii) Untuk membanding, kita perlu mengukur bukan?  Apakah alat pengukurnya?  Siapa pula  tukang ukurnya?

iii) Dari sudut budi bahasa alias budaya yang halus, ‘saya’ jarang masuk bakul apatah lagi di depan khalayak untuk mengangkat diri sendiri.     

iv) Apakah mungkin kami (‘saya’ dan ‘dia’) saling berdebat di depan khalayak untuk membuktikan bahawa ‘saya’ lebih baik daripada ‘dia’?

v) Biasanya orang berdebat tentang dasar dan wawasan yang diperjuangkan.  Ertinya jika ‘saya’ dan ‘dia’ bertanding untuk menjadi Perdana Menteri yang didebatkan ialah dasar, wawasan, gagasan, halatuju dll yang akan saya laksanakan sekiranya saya menjadi Perdana Menteri.


3.

i) Harga barang keperluan semakin mahal dan kuasa beli Ringgit di dalam saku semakin mengecil.

ii) Isteri saya terkejut dan ketakutan yang amat sangat pabila ‘ternampak’ pembaca meter TNB memasuki halaman rumah.  Dua malam yang lalu rumah jiran kami sdr Yap cuba dimasuki manusia.  Mujur maling dan rampoknya tidak berjaya.  Sementara itu jiran terdekat saya takut apabila keluar kota.  Dia membawa keluarganya bersama pabila keluar kota. 


Nah, itu dua soalan saya untuk bakal calon Perdana Menteri.  “Yes, Sir.  How are you going to tackle these problems?   Please do not bullshit tentang SATU itu atau pun SATU ini!  Rakyat sudah 'kinyang' makan bermacam-macam SATU!”  




No comments: